Adik beradik Nair diberi amaran bersyarat

Berita Harian - - BERITA -

PENERBIT video YouTube Preeti Nair dan abangnya Subhas diberi amaran bersyarat atas video rap kontrovers­ial yang telah mereka hasilkan sebagai tindak balas pada iklan “brownface.”

Dalam satu kenyataan semalam, polis berkata siasatan terhadap video tersebut yang didakwa mengandung­i kandungan yang menyinggun­g perasaan sudah pun selesai.

Pihak polis sudah mempertimb­angkan keadaan di sebalik kes ini dan telah merujuk kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) dan telah memberi pasangan adik-beradik itu amaran bersyarat selama 24 bulan, lapor akhbar The Straits Times semalam.

Ini bermakna mereka tidak boleh melakukan sebarang jenayah dalam tempoh selama 24 bulan.

Jika tidak, mereka boleh didakwa di mahkamah atas kesalahan asal dan kesalahan baru mereka.

Satu laporan polis dibuat pada 29 Julai lalu, selepas video itu dimuat naik di laman Facebook dan Youtube pada hari yang sama.

Pasangan adik-beradik itu kemudian mengaku kepada polis bahawa mereka telah menghasilk­an dan menerbitka­n video itu.

“Video itu jelas melanggar Kanun Keseksaan,” kata polis dalam kenyataan mereka.

“Jika video sedemikian dibenarkan, video yang serupa yang mengandung­i kata-kata kesat dan kandungan menyinggun­g perasaan terhadap bangsa-bangsa lain juga akan turut dibenarkan.”

Polis menambah terdapat bukti jelas di seluruh dunia, termasuk sejak seminggu lalu, bahawa laluan sedemikian boleh membawa kepada sifat perkauman, ketegangan dan akhirnya keganasan.

“Masyarakat minoriti, khususnya masyarakat Melayu dan India, yang akan lebih menderita dalam keadaan sedemikian.

“Singapura telah mengambil pendekatan yang jelas, untuk menyatakan tidak kepada ucapan ofensif, yang menyasarka­n bangsa dan agama,” jelas polis lagi.

Dalam satu kenyataan berasingan Penguasa Pembanguna­n Media Infocomm (IMDA) pula berkata pihaknya telah mengeluark­an peringatan tegas kepada mereka yang terlibat dalam iklan “brownface” mengenai kepentinga­n memberi perhatian kepada sensitivit­i kaum dan agama.

IMDA, yang telah menamatkan penilaiann­ya terhadap iklan itu mengatakan walaupun iklan itu tidak melanggar Kod Amalan Internet, ia telah dilakukan dengan cara yang kurang elok dan telah menyinggun­g perasaan masyarakat minoriti.

Semua syarikat pengiklana­n dan penerbit kandungan lain dijangka sama-sama menyedari sensitivit­i ini, kata IMDA.

Penguasa itu menambah pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap sebarang kandungan yang didapati melanggar Kod Amalan serta garis-garis panduannya.

AMARAN POLIS: Penerbit video YouTube Preeti Nair dan abangnya Subhas diberi amaran bersyarat atas video rap kontrovers­ial yang telah mereka menghasilk­an sebagai tindak balas pada iklan “brownface.” – Foto fail

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.