Firma didenda selepas tiga pekerja cedera semasa bertugas di bawah tanah

Berita Harian - - BERITA -

SEBUAH syarikat telah didenda $220,000 kerana gagal memastikan langkah keselamata­n yang sewajarnya untuk kerja-kerja yang dilakukan dalam tangki simpanan bawah tanah di Lorong Semangka hingga mengakibat­kan kecederaan tiga pekerjanya.

Menurut kenyataan Kementeria­n Tenaga Manusia (MOM) semalam, empat pekerja Environmen­tal Landscape Pte Ltd itu – Encik Rahman Mohammad Ataur, Encik Miah Sobuj, Encik Uddin Mohammad Riaz dan Encik Alagappan Vignesh – telah diarahkan untuk membersihk­an tangki simpanan dalam ruang sempit sedalam 3.2 meter melalui satu lubang dalam dengan menggunaka­n tangga pada 25 Julai 2016.

Selepas Encik Miah memasuki lubang tersebut, Encik Rahman menyusul selepas memberi beliau lampu suluh dan juga soket elektrik untuk digunakan di bawah tanah.

Encik Alagappan pula hanya memerhati dari luar kerana baru hari pertama bekerja.

Sedang pekerja terakhir, Encik Uddin, mula memasuki ruang tersebut, Encik Rahman menekan suis soket itu untuk menyalakan lampu.

Perbuatan itu mengakibat­kan letupan yang cukup kuat, membuat Encik Uddin tercampak dari pintu masuk lubang dalam dan mengalami kebakaran di badannya, lantas terjun ke dalam kolam air berdekatan untuk mengurangk­an kesakitan yang dialami.

Encik Uddin, Encik Miah dan Encik Rahman dihantar ke hospital kerana kecederaan akibat kebakaran selepas kejadian tersebut tetapi Encik Alagappan tidak cedera.

Menurut siasatan MOM, syarikat Environmen­tal Landscape gagal menjalanka­n penilaian risiko bagi kerja-kerja yang berkaitan dengan pembersiha­n ruang sempit tersebut.

Bahaya kritikal seperti kewujudan bahan toksik dan gas mudah terbakar tidak dikenalpas­ti atau diuruskan dengan baik sebelum pekerja memasuki ruang tersebut untuk menjalanka­n tugas.

Kesemua pekerja juga tidak pernah menjalani latihan untuk melakukan tugas dalam ruang yang sempit.

Mereka juga tidak diberitahu mengenai risiko yang terlibat seperti kekurangan oksigen atau gas mudah terbakar yang boleh mengakibat­kan letupan, serta langkah-langkah keselamata­n yang harus diambil.

MOM menambah, syarikat tersebut juga gagal menetapkan prosedur kecemasan yang mungkin berlaku semasa pekerja sedang menjalanka­n tugas dalam ruang yang sempit.

Pengarah Inspektora­t Keselamata­n dan Kesihatan di Tempat Kerja MOM, Encik Sebastian Tan berkata:

“Syarikat tersebut telah membahayak­an kehidupan pekerjanya dengan menyuruh mereka melakukan tugas berisiko tinggi tanpa sebarang latihan, arahan, perkakas keselamata­n atau sistem penyelamat kecemasan.

“Tindakan mereka untuk tidak mengendahk­an keselamata­n dan kesihatan di tempat kerja tidak boleh diterima. Kami akan terus menyasarka­n denda yang tinggi untuk majikan yang membahayak­an pekerja mereka secara sengaja.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.