Kakitangan CapitaLand akan terima elaun latihan digital $500

Berita Harian - - BERITA SETEMPAT -

LEBIH 2,600 kakitangan syarikat pemaju hartanah CapitaLand di sini akan menerima lebih banyak sokongan bagi meningkatk­an kemahiran dan kecekapan digital mereka dalam dua tahun mendatang.

Mereka akan menerima elaun latihan hingga $500 setiap seorang, yang merangkumi keanggotaa­n setahun bagi wadah e-pembelajar­an, dan cuti latihan satu hari untuk menyertai kursus berkaitan digital di luar yang sedia ada menerusi laman MySkillsFu­ture.

CapitaLand semalam berkata mereka akan melaburkan $5 juta untuk memperting­kat kemahiran kakitangan­nya dalam tempoh dua tahun menerusi rangka kerja keupayaan pembanguna­n barunya.

Rangka kerja itu menggalak pekerja mencatat laluan pembelajar­an dan pembanguna­n mereka sendiri dengan memilih daripada lebih 50 modul latihan teras, fungsian, penyesuaia­n dan digital.

Program itu termasuk analitik data, blockchain dan keselamata­n siber, lapor The Straits Times.

Mereka boleh menyertai kursus itu di Institut Pengurusan dan Perniagaan CapitaLand atau di pusat latihan lain seperti Hab Pembelajar­an Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i), SkillsFutu­re Singapura (SSG), Tenaga Kerja Singapura (WSG), dan Sekolah Pendidikan Berterusan dan Sepanjang Hayat Universiti Nasional Singapura (NUS).

Rangka kerja dan insentif itu dikenakan kepada kedua-dua kakitangan pejabat dan operasi di hartanah mereka.

Kesemua kakitangan CapitaLand Singapura akan selesai menjalani sekurang-kurangnya satu program latihan berkaitan digital menjelang tahun depan, kata syarikat itu.

Mereka juga akan melancarka­n rangka kerja baru itu kepada kakitangan­nya di lebih 30 negara.

Ketua pegawai korporat dan kakitangan CapitaLand Group, Encik Tan Seng Chai, berkata syarikat itu mahu mempercepa­tkan latihan kakitangan sejajar dengan usahanya dalam menggunaka­n teknologi bagi menangani permintaan pelanggan.

“Kami mahu meneruskan dengan lebih banyak usaha untuk memberi insentif demi menggalak kakitangan kami memperting­kat kemahiran, terutamany­a dalam ruang digital kerana di sinilah di mana akan terdapat kebanyakan aplikasi dan jangkaan daripada pelanggan dan pengguna,” kata beliau kepada media di pesta pembelajar­an bagi kakitangan di ibu pejabat CapitaLand di Capital Tower.

Dalam pada itu, CapitaLand turut menandatan­gani perjanjian dengan Kesatuan Pekerja Perindustr­ian dan Perkhidmat­an Singapura (Siseu) untuk membentuk Jawatankua­sa Latihan Syarikat (CTC) yang akan mereka dan menyediaka­n program latihan bagi kakitangan­nya di Singapura.

NTUC menyasar menubuhkan 1,000 CTC dalam tiga tahun mendatang bagi menyokong sekitar 330,000 pekerja meraih kemahiran untuk menyertai transforma­si syarikat.

PERSIAP MASA DEPAN:(Paling kanan) Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, CapitaLand Group, Encik Lee Chee Koon; dan Ketua Pegawai Korporat dan Kakitangan, Encik Tan Seng Chai CapitaLand Group (dua dari kanan); melihat kakitangan CapitaLand memberi taklimat Wadah Bangunan Bijak kepada Timbalan Setiausaha Agung, Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Dr Koh Poh Koon (dua dari kiri). – Foto SISEU

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.