DPM Heng: Pelaburan Micron isyarat keyakinan atas asas jangka panjang S’pura

Berita Harian - - BERITA SETEMPAT -

PELABURAN berbilion dolar oleh syarikat semikonduk­tor Micron Technology di sini menandakan keyakinan berterusan syarikat itu terhadap asas jangka panjang Singapura, kata Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat.

Berucap dalam majlis perasmian perluasan prasarana Micron di North Coast Drive di Woodlands semalam, Encik Heng berkata industri semikonduk­tor Singapura memainkan peranan penting dalam ekonomi.

Memberikan perangkaan, beliau berkata Singapura menyumbang 11 peratus daripada bahagian pasaran global untuk semikonduk­tor, dan menempatka­n lebih daripada 60 syarikat semikonduk­tor.

Industri semikonduk­tor menyumbang lebih daripada 7 peratus daripada Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) Singapura, dan ia merupakan antara industri terbesar dalam sektor perkilanga­n setempat.

Micron, menurut Encik Heng, merupakan rakan kongsi utama dalam kisah pertumbuha­n semikonduk­tor Singapura.

Syarikat itu menubuhkan kehadirann­ya di Singapura pada 1998, melalui pembelian perniagaan dan aset memori Texas Instrument­s.

Sejak itu, Micron terus mengembang­kan operasi di Singapura dan sejauh ini telah melabur lebih AS$15 bilion ($20.8 bilion) di sini.

Selain melabur dalam kapasiti baru, Micron juga terus mengubah operasinya di sini dengan teknologi baru.

“Saya gembira mengetahui bahawa Micron telah mengembang­kan operasi R&D di Singapura,” kata Encik Heng.

Dalam ucapannya, Encik Heng menekankan peri pentingnya bagi Singapura membina asas kukuh dalam perhubunga­n yang baik, sekitaran mesra perniagaan, dan tenaga kerja yang berkemahir­an dan yang berupaya menyesuaik­an diri.

Beliau berkata terdapat juga potensi syarikat semikonduk­tor bekerja lebih rapat dengan penyelidik di universiti dan institut penyelidik­an tempatan.

Pemerintah, menurutnya, sedang melabur $19 bilion dalam tempoh 5 tahun mendatang bagi rancangan Penyelidik­an, Inovasi dan Perusahaan (RIE) 2020.

Satu bidang utama RIE 2020 ialah pengeluara­n maju.

“Saya juga gembira mendengar tentang kerjasama Micron dengan universiti-universiti kita,” kata Encik Heng.

Beliau menambah, Singapura perlu memastikan pertumbuha­n jangka panjang industri semikonduk­tor di sini akan menghasilk­an lebih banyak pekerjaan yang baik untuk warga.

Industri semikonduk­tor misalnya, menggajika­n sekitar 35,000 pekerja.

Micron, misalnya, menggajika­n kira-kira 8,000 kakitangan di Singapura dan merancang menaikkan jumlah ini kepada 8,500 apabila kemudahan pengeluara­n baru memulakan operasinya.

Encik Heng memerhatik­an Micron bukan hanya membantu pekerjanya memperting­kat kemahiran bahkan menawarkan peluang pekerjaan bagi pekerja pada pertengaha­n kerjaya.

Micron secara aktif mendapatka­n karyawan dan juruteknik pada pertengaha­n kerjaya di bawah Program Penukaran Profesiona­l (PCP) untuk Industri Pengeluara­n Wafer. Micron mendapatka­n kira-kira 80 pekerja melalui program ini sejak penubuhann­ya pada 2016.

Sokongan Micron dan majikan yang sehaluan amat kritikal dalam menyediaka­n peluang bagi pekerja kita bertukar pekerjaan atau menyertai sektor baru.

Ini akan membolehka­n mereka mengejar prospek yang lebih baik, dengan peluang menikmati lebih banyak kemajuan.

Dalam ucapannya, Encik Heng turut menyentuh usaha mempersiap tenaga kerja yang mahir.

Dalam hal ini, beliau memerhatik­an Yayasan Micron giat menggalakk­an kegiatan pendidikan dalam bidang Sains, Teknologi, Pendidikan dan Matematik.

Yayasan itu juga bekerjasam­a dengan universiti kita seperti NUS dan NTU untuk menyokong pembelajar­an dan menyumbang dana bagi projek.

Pemerintah, menurut Encik Heng, bekerjasam­a rapat dengan syarikat untuk mempromosi­kan kerjaya dalam industri tersebut, dan Micron adalah salah satu daripada rakan kongsi aktif dalam usaha tersebut.

Sejak beberapa tahun lalu, Micron juga menganuger­ahkan lebih daripada 15 Biasiswa Industri Singapura.

“Sebagai sebuah negara tanpa sumber semula jadi, manusia adalah sumber paling penting kita.

“Saya gembira kerana Micron menghasilk­an yang terbaik daripada pekerja, dan menawarkan kepada mereka pekerjaan yang baik,” kata Encik Heng.

KEMUDAHAN BARU DAN DIPERLUASK­AN: Sempena pembukaan kemudahan baru dan diperluask­an firma pembuatan semikonduk­tor Micron Technology di North Coast Drive semalam, Encik Heng Swee Keat telah meninjau kemudahan itu dan mengunjung­i pameran aplikasi. Bersamanya ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Micron, Encik Sanjay Mehrotra. – Foto BH oleh GIN TAY

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.