Firma Australia buka pusat khidmat pendidikan antarabang­sa di sini

Berita Harian - - BERITA SETEMPAT -

PELAJAR yang ingin mengikuti pendidikan antarabang­sa kini boleh mendapatka­n khidmat itu di pusat satu hentian yang menyediaka­n keperluan mereka.

Syarikat Australia, IDP Education, membuka sebuah pusat pendidikan antarabang­sa di The Cathay dan merupakan pusat utamanya di Asia Tenggara.

Pusat itu menyediaka­n khidmat pemadanan kursus universiti, bantuan permohonan, khidmat visa, nasihat penginapan, sokongan khidmat kewangan dan taklimat sebelum keberangka­tan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) IDP Education, Encik Andrew Barkla, berkata:

“Sebagai sebuah hab ilmu utama, kami berbesar hati ibu pejabat (HQ) serantau IDP bertapak di Singapura.’’

Syarikat itu kali pertama membentuk pejabat di negara ini bagi khidmat peruntukan pelajar lebih 30 tahun lalu.

“Kami mempunyai lebih 120 pejabat di dunia dan membantu setengah juta pelajar memenuhi hasrat pembelajar­an sejagat mereka,’’ tambahnya.

Dengan pusat Asia Tenggara di Singapura, ia akan terus menarik bakat yang betul bagi menjadi sebahagian daripada pasukannya.

“Kami akan tertarik memainkan peranan utama dalam menghubung­kan penduduk Singapura yang bercita-cita tinggi pada peringkat antarabang­sa dengan universiti sejagat, pelajar, alumni dan khidmat pendidikan,’’ tambahnya.

Pelajar membantu dalam rekaan pusat itu agar ia menjadi ruang moden dan sesuai dengan keperluan mereka.

“Pelajar membuat rekaan ruang itu dengan memberitah­u kami apa yang mereka inginkan di pejabat kami dan mereka mahu memberikan pengalaman pelanggan yang ideal,’’ kata Cik Shania Kim, pengarah negara bagi IDP Singapore.

Hasil runding cara yang meluas, mereka memutuskan rekaan dan tempatnya.

“Memulakan pengalaman antarabang­sa yang mengubah kehidupan, adalah menarik dan penting. Bersama dengan pelajar kami, kami mewujudkan ruang moden agar mereka memulakan perjalanan itu dalam laluan yang betul,’’ kata Cik Kim.

Pusat itu terletak di tingkat 2, bangunan The Cathay dan beroperasi dari Isnin hingga Jumaat dari 9 pagi hingga 5.30 petang, dan Sabtu 10 pagi hingga 2 petang.

PUSAT SEHENTI: Pelajar yang ingin belajar di luar negara boleh mendapatka­n khidmat daripada pusat IDP Singapore yang terletak di bangunan The Cathay. – Foto IDP SINGAPORE

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.