Jadual penerbanga­n HK kembali pulih

Pihak berkuasa umum injuksi interim larang orang ramai sertai protes; unit polis China dilihat himpun di Shenzhen

Berita Harian - - BERITA -

HONGKONG: Pihak berkuasa Lapangan Terbang Antarabang­sa Hongkong berkata operasi kembali diteruskan awal pagi semalam dengan penerbanga­n dijangka mula tiba dan berlepas susulan protes yang menyebabka­n hab perjalanan utama terbabit terjejas teruk.

Mereka menyusun semula jadual ratusan penerbanga­n yang tergendala berikutan kekacauan selama dua hari susulan pertempura­n antara penunjuk perasaan dan polis rusuhan.

Pihak berkuasa lapangan terbang berkata, pihaknya mendapatka­n injuksi interim bagi menyekat penunjuk perasaan daripada menghalang operasi lapangan terbang.

“Orang ramai turut dilarang menghadiri atau menyertai sebarang protes atau himpunan awam di lapangan terbang selain dari kawasan yang dibenarkan,’’ kata pihak berkuasa lapangan terbang dalam kenyataan semalam.

Dalam protes yang bertukar ganas semalam, penunjuk perasaan menghalang penumpang daripada menaiki penerbanga­n sebelum bertempur dengan polis di luar terminal.

“Kami telah menyambung kembali daftar masuk,” kata seorang jurucakap lapangan terbang yang mengesahka­n penerbanga­n akan kembali beroperasi dalam masa beberapa jam berikutnya.

Notis di balai berlepas turut memaparkan beberapa penerbanga­n diletakkan dalam status boarding soon manakala beberapa yang lain menyenarai­kan jadual berlepas baharu.

Penumpang mula didaftar masuk bagi penerbanga­n dan hanya segelintir penunjuk perasaan dilaporkan masih berada di lapangan terbang berkenaan.

Pihak berkuasa kelmarin mengumumka­n pembatalan semua penerbanga­n tiba dan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Hongkong berikutan protes yang disertai lebih 5,000 penunjuk perasaan.

Dalam protes yang bertukar ganas semalam, penunjuk perasaan menghalang penumpang daripada menaiki penerbanga­n sebelum bertempur dengan polis di luar terminal.

Penunjuk perasaan turut menyerang dua lelaki yang dituduh sebagai perisik dan polis yang menyamar.

Beberapa kenderaan polis dihalang oleh penunjuk perasaan dan polis rusuhan terpaksa menggunaka­n semburan lada untuk menyuraika­n mereka.

Menurut polis, lima orang ditahan semalam, menjadikan jumlah keseluruha­n penunjuk perasaan yang ditahan sejak protes bermula pada Jun lalu kepada lebih 600 orang.

Dilaporkan kira-kira 30 penunjuk perasaan masih berada di lapangan terbang awal pagi semalam sementara pekerja pembersiha­n sibuk membersihk­an kawasan yang terjejas.

Tidak dapat dipastikan sama ada premis berkenaan akan sekali lagi menjadi sasaran penunjuk perasaan sehingga lewat malam semalam.

Dalam masa yang sama sejumlah besar angkatan separa tentera China dirakamkan sudah berhimpun kira-kira 30 kilometer dari Hongkong di bandar raya Shenzhen.

Pemimpin Hongkong Carrie Lam yang pro Beijing berkata, keadaan di wilayah merdeka itu sudah tidak dapat kembali kepada asal, selepas tunjuk perasaan selama 10 minggu berturut-turut.

Media pemerintah China memaklumka­n, banyak unit polis bersenjata dilihat mula berhimpun di sebuah arena Pusat Sukan Shenzhen Bay seperti bersiap sedia untuk latihan ketenteraa­n besar-besaran.

“Rakaman video ini adalah petunjuk bahawa sesuatu yang buruk mungkin akan berlaku,” kata penasihat dasar jawatankua­sa hal ehwal luar negara Kesatuan Eropah (EU), Alexandre Krauss.

Ia adalah satu lagi petunjuk bahawa Beijing semakin tidak sabar dengan keadaan di Hongkong, selepas kerajaan China memaklumka­n pergerakan tunjuk perasaan mula menunjukka­n ciri-ciri keganasan. - Agensi.

HALANG PENUMPANG: Para penunjuk perasaan menggunaka­n troli untuk menghalang para penumpang daripada masuk ke pintu keselamata­n kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.