China tolak mohonan kapal tentera AS lawat Hongkong

Berita Harian - - BERITA -

WASHINGTON: China telah menolak permintaan bagi dua kapal tentera Amerika Syarikat (AS) mengunjung­i Hongkong dalam beberapa minggu mendatang, kata pegawai AS kelmarin, sedang krisis politik di bekas tanah jajahan British itu menjadi semakin buruk.

Para pegawai, yang bercakap dengan media atas syarat tidak mahu nama mereka disiarkan, berkata kapal pengangkut­an ‘Green Bay’ telah memohon untuk berkunjung lewat bulan ini sementara kapal perang peluru berpandu ‘Lake Erie’ telah memohon untuk mengunjung­i pada September ini.

Salah seorang pegawai itu berkata sebab tertentu tidak diberikan, namun langkah sedemikian pernah terjadi sebelum ini.

Kali terakhir China menolak lawatan pelabuhan ke Hong kong adalah bagi kapal gempur ‘Wasp’ pada September 2018.

Kapal amfibia ‘Blue Ridge’ telah melakukan lawatan pelabuhan ke Hongkong pada April lalu.

Langkah itu dibuat selepas polis dan penunjuk perasaan yang membuat bantahan terhadap pengaruh Beijing yang semakin meningkat di Hongkong bertempur di lapangan terbang antarabang­sa kelmarin setelah penerbanga­n dihentikan untuk hari kedua.

Di Washington, Presiden Donald Trump berkata pemerintah China sedang memindahka­n tentera ke sempadan dengan Hongkong dan menggesa agar semua pihak bertenang.

Encik Trump berkata situasi di Hongkong adalah rumit, namun beliau berharap ia dapat diselesaik­an buat semua, termasuk China, dan “bagi kebebasan”, tanpa sesiapa tercedera atau terbunuh. – Reuters

KAWALAN KETAT: Anggota polis bersenjata (atas) mengawal dewan berlepas lapangan terbang di Hongkong semalam selepas pertempura­n dengan penunjuk perasaan beberapa malam sebelum ini. – Foto-foto REUTERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.