Mayat Nora Anne dikenal pasti

Berita Harian - - BERITA -

Bagaimanap­un, Nora tidak berada di bilik yang dihuni bersama adik-adik beradiknya, pada keesokan hari.

“Nora akan sentiasa ada di hati kami,” kata keluarga Nora Anne Quoirin dalam satu kenyataan di laman sosial Facebook di sini, semalam.

Keluarga remaja itu turut mengucapka­n terima kasih kepada pasukan SAR kerana berusaha bersungguh-sungguh mencari anak mereka.

Mereka turut mengucapka­n terima kasih kepada penduduk setempat kerana turut sama membantu, selain doa dan sokongan daripada orang ramai.

“Nora Anne berjaya menyatukan Perancis, Ireland, Britain dan negara ini dalam misi mencarinya secara bersama serta memberi sokongan dan kasih sayang kepadanya.

“Dia (Nora Anne) bukan saja menyentuh hati rakyat Malaysia, malah seluruh dunia. Kepada semua rakan dan keluarga di rumah, kami ucapkan terima kasih untuk kasih sayang ini.

“Nora sentiasa di hati kami sekeluarga. Dia gadis istimewa dan kami amat menyayangi­nya sepenuh hati. Kami sangat terkesan dengan pemergiann­ya. Hati kami luluh.

“Kami akan sentiasa menyayangi Nora,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu dikeluarka­n Lucie Blackman Trust, sebuah perbadanan amal yang menguruska­n hal ehwal berkaitan media untuk keluarga mangsa.

Nora Anne sebelum ini dilaporkan hilang di sebuah resort di Pantai, di sini, sejak 4 Ogos lalu sebelum pihak berkuasa melancarka­n operasi SAR bagi mengesan remaja Ireland itu.

Selepas 10 hari melaksanak­an pencarian, mayat gadis itu ditemui di kawasan lurah berhampira­n resort berkenaan. – The Star

DITEMUI: Mayat yang dipercayai remaja Ireland Nora Anne Quoirin (atas) di masukkan ke ambulans di Seremban, kelmarin. – Foto REUTERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.