Wakili SG ke Olimpik Kemahiran teknikal, vokasional

Berita Harian - - DUNIA - ZUBAIDAH EUSOFF [email protected]

ANTARA 32 belia yang akan ke Kazan, Russia, bagi Pertanding­an WorldSkill­s (WSC) pada 22 Ogos ini, Encik Muhammad Nuh Mohamed Zan, 23 dan Encik Farhan Hanis, 20, dari Politeknik Temasek diberi peluang mewakili Singapura dalam bidang kemahiran masing-masing buat julung-julung kalinya.

Pertanding­an WSC ini merupakan ‘Olimpik Kemahiran’, pertanding­an kemahiran teknikal dan vokasional yang terbesar di dunia.

Encik Nuh dan Encik Farhan merupakan dua antara 32 peserta yang akan mewakili Singapura, bersaing dengan lebih daripada 1,300 lagi peserta dari 69 negara yang akan bersaing dalam 56 bidang kemahiran.

Tahun ini, pasukan Singapura mengambil bahagian dalam beberapa bidang kemahiran baru dan juga Pertanding­an ‘Future Skills’ buat kali pertama.

Encik Farhan merupkan pesaing dalam bidang teknologi fesyen, satu antara enam bidang kemahiran yang diperkenal­kan buat kali pertama.

“Peluang untuk menjadi pesaing Singapura yang pertama untuk bidang teknologi fesyen dalamWSC memberi saya lebih ruang untuk belajar.

“Ia juga menjadi kebanggaan buat saya. Latihan intensif yang telah saya menjalani menyediaka­n saya buat pertanding­an ini dengan baik.

“Industri fesyen di Singapura perlu memberi lebih peluang dan wadah kepada penggiat fesyen seperti saya untuk mempamerka­n kemahiran kami. Pertanding­an ini mejadi peluang keemasan,” kata Encik Farhan.

Beliau yang diberi peluang untuk berlatih dengan pereka tempatan seperti Thomas Wee juga kata bahawa perjalanan untuk ke WSC bukanlah senang buatnya.

“Sambil melatih buat WSC, saya juga sibuk dengan tuntutan sekolah seperti Projek Akhir Tahun (FYP) saya.

“Namun, dengan sokongan yang tidak putus dari keluarga dan rakan-rakan saya dan pengurusan masa yang baik, saya harap dapat memenangi pertanding­an ini dan dapat mewakili industri fesyen di Singapura dengan baik,” tambah beliau

Selain daripada Encik Farhan, Encik Muhammad Nuh juga merupakan satu antara dua wakil yang akan bersaing dalam bidang kemahiran teknologi pemodelan bangunan maklumat dalam pertanding­an Future Skills buat pertama kali.

Bagi beliau pula, cabaran utama merupakan perbezaan antara sofwe yang digunakan di sekolah dan yang mungkin digunakan di Kazan.

“Saya berlatih dengan beberapa pelatih yang bukan guru sekolah saya dan ia memastikan bahawa saya bersedia untuk bersaing dengan peserta lain dari negara lain.

“Selain daripada itu, saya juga berlatih sendiri setiap hari, membina model yang sama setiap hari untuk mencapai kesempurna­an.

“Melatih buat pertanding­an ini mengambil banyak masa dan tenaga, namun saya bangga kerana dapat mewakili Singapura. Buat pertama kali dalam bidang saya, lagilah saya bangga,” ujar Encik Muhammad Nuh.

Selain daripada Encik Farhan dan Encik Nuh, seorang lagi pesaing dari Institut Pengajian Teknikal (ITE) gembira kerana dapat mewakili ITE dalam pertanding­an ini buat julung-julung kali selepas 10 tahun tiada wakil kerana tidak layak.

“Minat saya dalam bidang automotif memang sudah ada sejak kecil. Pertanding­an ini menjadi wadah yang baik untuk saya meningkatk­an kemahiran dan membanggak­an keluarga saya.

“Pada mulanya memang agak sukar untuk saya, namun saya dapat menangani masalah dengan baik. Walaupun penat, saya pasti bahawa usaha saya berlatih di sekolah selama lima hingga enam jam akan berbaloi,” kata Encik Abdul Syafiq Abdullah, 19, yang kini sedang mengambil diploma di ITE dalam bidang yang sama.

Cik Noorasyiqa­h Roseli, seorang lagi yang akan mewakili ITE dalam bidang dandanan rambut di WSC juga akur bahawa penat lelah yang dirasakan bukan mudah untuk diatasi.

Namun cinta beliau dalam bidang itu dan tanggungja­wab sebagai wakil Melayu pertama dalam kursusnya untuk layak ke WSC menghapusk­an segala anasir negatif.

Apabila ditanya tentang perasaan beliau apabila diberi peluang dan layak untuk pertanding­an WSC, beliau berkata: “Saya bangga atas pencapaian saya dan berazam untuk bekerja keras agar berjaya dalam WSC. Menang atau tidak, tidak penting. Apa yang penting adalah yang saya sudah mencuba yang terbaik.”

Bersama dengan 28 lagi pesaing, keempat-empat pesaing ini akan berangkat untuk ke Kazan, Russia bermula 18 Ogos ini.

WAKIL NEGARA: (Dari kiri) Encik Abdul Syafiq Abdullah, Encik Muhammad Nuh Mohamed Zan, Encik Farhan Hanis dan Cik Noorasyiqa­h Roseli yang akan berangkat ke Kazan, Russia, bagi Pertanding­an WorldSkill­s (WSC) yang akan diadakan pada 22 Ogos nanti. – Foto BH oleh GIN TAY

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.