Tinggalkan bidang seni bina demi bangun ruang acara

Berita Harian - - DUNIA - NENIE KAIRUMAN [email protected]

KERJAYA yang dibina Cik Nabillah Sumardi dalam bidang seni bina sudah mula bertapak, malah semakin berkembang.

Namun, meskipun bahagia dan bersyukur dengan keadaanya itu, jiwa beliau terpanggil untuk melakukan sesuatu yang berbeza, menceburi bidang yang menjadi minatnya sejak dulu lagi.

Panggilan itu semakin kuat, mendorongn­ya meninggalk­an kerjaya yang stabil.

Kemudian, pemergian ibunya yang tersayang akibat komplikasi penyakit kencing manis menguatkan lagi tekad Cik Nabillah, 26 tahun, untuk memilih haluan baru.

Lulusan diploma seni bina dari Politeknik Singapura itu sebelum ini bekerja selama hampir lapan tahun dengan sebuah syarikat binaan swasta.

Antara kata-kata akhir ibunya kepada beliau ialah untuk “tidak berputus asa” dan “terus mengejar impian”.

Justeru, Cik Nabillah terus gigih melaburkan modal dan tenaga bagi memantapka­n ruang acara TheBlank.Box yang dipelopori­nya.

Ruang tersebut berperanan sebagai wadah bagi menyokong industri seni bebas setempat terutama syarikat-syarikat seni yang baru mula bertapak.

Ia menawarkan kadar yang berpatutan, namun mempunyai segala kemudahan yang diperlukan.

Kini, ruang TheBlank.Box mekar dimanfaatk­an kumpulan-kumpulan seni kecil yang mahu bereksperi­mentasi dengan karya mereka.

Ruang seluas 1,900 kaki persegi di kawasan utara Singapura itu juga menjadi tempat bagi banyak pementasan teater.

Selain TheBlank.Box, Cik Nabillah juga mempelopor­i syarikat Level Up Production­s, yang terlibat dalam menganjurk­an banyak acara dan pesta kesenian.

“Sebenarnya, minat dalam bidang seni dan juga perniagaan yang turut memanfaatk­an masyarakat memang lama terpendam, namun atas sebab-sebab tertentu saya memilih bidang yang lebih stabil.

“Bidang seni bina memberi saya pulangan yang baik tapi hati ini tetap ingin membuat sesuatu yang lebih mencabar, lebih inklusif dan berkesan kepada masyarakat daripada hanya bekerja untuk seorang majikan,” ujar Cik Nabillah.

Cik Nabillah menceritak­an, ibunya meninggal dunia hanya selepas enam bulan beliau mendirikan rumah tangga dan kurang sebulan selepas dirinya mula berjinak-jinak dengan idea TheBlank.Box.

“Saya beritahu diri saya yang saya tidak mampu gagal dan berputus asa.

“Mama tidak pernah mengajar kami adik-beradik untuk berputus asa.

“Justeru, walau bagaimana mencabar pun usaha saya ini berbanding dahulu, saya akan lakukan segala yang mampu untuk berjaya,” tambah anak sulung empat beradik itu.

Cik Nabillah akur, beliau belum menikmati pulangan kewangan sepenuhnya, namun menurutnya pengalaman yang diraih membina sesuatu daripada mula dan menyumbang kepada landskap seni setempat lebih berharga.

Selain daripada mengurus ruang acara itu, Cik Nabillah turut terlibat dalam projek seperti menganjur Festival Hipster 2016, menjadi pengarah kreatif untuk Gala Laga 2018 dan bekerjasam­a dengan kumpulan-kumpulan seni kecil, yang berkongsi azam dengannya untuk membina masyarakat seni yang sama-sama maju dan saling berkongsi, yang dianggapny­a sebagai “wira yang tidak didendangk­an”, iaitu mereka yang dikenali dalam kalangan penggiat tetapi tidak secara komersial.

Nenie Kairuman ialah seorang penulis sambilan.

KORBANKAN KERJAYA: Cik Nabillah Sumardi meninggalk­an kerjaya dalam bidang seni bina demi mengejar impian membuka ruang acara, TheBlank.Box, bagi menyokong industri seni bebas. – Foto BH oleh IQBAL FAIZAL

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.