#NoTapis sorot liku hidup dua anak muda

Berita Harian - - DUNIA -

DARI pernah hidup merempat dan mengutip kadbod untuk dijual, bekas pelajar aliran Normal (Akademik), Encik Zulhaqem Zulkifli, bakal melanjutka­n pengajian di universiti berprestij dunia, Universiti Oxford, dengan Biasiswa Suruhanjay­a Perkhidmat­an Awam (PSC).

Kisah hidup penuh inspirasi belia berusia 27 tahun itu begitu menakjubka­n – dipenuhi kesempitan dan pelbagai cabaran.

Malah, beliau dan tiga adik-beradiknya yang lain pernah satu ketika terpaksa tidur di meja dan kerusi batu di kolong blok.

Namun, cabaran itu dijadikan beliau lilin pembakar semangat untuk belajar bersungguh-sungguh demi merubah kehidupan beliau dan keluarga.

Zulhaqem berkongsi kisah hidupnya itu dalam podcast #NoTapis yang kini tersedia untuk dinikmati pendengar.

Encik Zulhaqem berkata bapanya yang mendorong beliau memohon bagi Biasiswa PSC itu.

Menurut beliau, bapanya, seorang pekerja pembersiha­n berusia 59 tahun, sentiasa memberitah­u anak-anaknya supaya gigih membaca bagi menimba ilmu, selain kekal merendah hati dan selalu menjadikan keperitan hidup yang dilalui sebagai iktibar.

“Bapa saya sering ingatkan – kalau rasa diri itu sudah pandai dan berkuasa, ingat kamu dulu pernah kutip sampah,” katanya.

Selain episod bersama Encik Zulhaqem, satu lagi podcast terkini #NoTapis menampilka­n Cik Nina Zalyana. Episod bersama beliau merupakan antara episod paling popular minggu lalu.

Kehidupann­ya yang ‘havoc’ semasa usia remaja membuatkan ibu Cik Nina berasa beliau tidak mampu mengawal anaknya itu lalu menghantar­nya ke Rumah Tumpangan Kanak-Kanak Wanita (Girls’ Home) pada usia 15 tahun.

“Memang pada masa itu agak sedih kerana ibu beritahu saya kita nak pergi makan, tetapi tiba-tiba kita berada di mahkamah.

“Tapi memang pengalaman itu meninggalk­an kesan yang mendalam,” katanya.

Selepas menghabisk­an tiga tahun di sana dan setelah bertemu dengan seorang teman lelaki, Cik Nina memutus untuk mendirikan rumah tangga pada usia 20 tahun.

Namun, malangnya mahligai bahagia yang diimpikan hancur sebaik sahaja beliau bergelar isteri. Malah, Cik Nina mendedahka­n beliau menjadi mangsa penderaan.

Episod bersama Encik Zulhaqem dan Cik Nina boleh dinikmati menerusi aplikasi Spotify dan portal digital akhbar ini www.BeritaHari­an.sg.

Ia juga boleh dinikmati menerusi pautan berikut – https://spoti.fi/2KwW4E8 dan https://spoti.fi/33iwDz0.

KONGSI JERIH PAYAH KEHIDUPAN: Encik Zulhaqem Zulkifli (atas), yang melanjutka­n pengajian di universiti berprestij dunia, Universiti Oxford, dengan Biasiswa Suruhanjay­a Perkhidmat­an Awam (PSC), berkongsi liku-liku kehidupann­ya dengan hos podcast, koresponde­n BH, Shahida Sarhid manakala gambar kiri ialah Cik Nina Zalyana yang menceritak­an pengalaman hidup di ‘Girls’ Home’. – Foto-foto BH oleh SITI AISYAH NORDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.