Filem ‘Yesterday’ sorot isu kejujuran

Berita Harian - - DUNIA -

SEBUT tentang semalam, tidak semua yang ingin mengenangn­ya sebagai cebisan nostalgia manis.

Kalau semalam itu pahit, biarkan sahaja peristiwa itu terkubur ditelan masa. Sebaliknya, kalau semalam itu indah dengan kisah pencapaian dan kegemilang­an zaman silam, ia tentunya ingin diulang tayang dalam minda berkali-kali.

Sebagai seseorang yang amat meminati kumpulan fenomena era 1960-an The Beatles, saya tertarik pada filem komedi romantik Britain arahan Danny Boyle, Yesterday, dek tajuk dan jalan ceritanya.

The Beatles dianggotai John Lennon, Paul McCartney, Ringo Starr, dan George Harrison.

Yesterday mengambil sempena tajuk lagu ikonik The Beatles tulisan McCartney. Ia dimuatkan dalam album Help! dan diterbitka­n pada Ogos 1965.

Banyak yang boleh dibawa pulang sebagai pengajaran filem yang dibintangi pelakon, penulis dan penerbit British Himesh Patel ini.

Ini dapat disaksikan melalui watak Jack Malik (lakonan Patel), pemuzik berketurun­an India yang bersusah-payah membina namanya dalam kerjaya muzik.

Menyusuli nahas di mana beliau dilanggar bas ketika bekalan elektrik terputus, Jack mendapati hanya dirinya sahaja yang mengingati kehebatan kumpulan The Beatles.

Dia mengambil kesempatan tersebut bagi menjiplak karya empat sekawan ini dan menguar-uarkannya sebagai lagu ciptaan dan dendangan asal beliau sendiri.

Bintang seni suara, Ed Sheeran, yang juga fenomena global adalah watak cereka yang menjadi pemberi motivasi Jack dalam filem ini.

Dalam menangani kemelut hidupnya yang akhirnya tersepit kerana rasa bersalah mengambil hak orang lain, beliau hanya punya temanita kulit putih sejak zaman kanak-kanak, Kate McKinnon (Lily James) bagi membantuny­a.

Itulah sahabat yang mengenal dan setia padanya. Hubungan cinta mereka tidak selancar mana kerana perbezaan bangsa dan rasa tidak yakin Jack pada kebolehann­ya sendiri.

Dapat dikesan betapa Yesterday merupakan filem pembakar semangat kaum minoriti.

Dalam dunia masyarakat kulit putih yang sebahagian­nya berat sebelah terhadap individu asal Asia yang kemungkina­n menjadi mangsa tindas, pencapaian Jack meraih kontrak rakaman idaman dan mengadakan konsert jelajah di Stadium Wembley memberi semacam harapan sesiapa sahaja boleh maju tanpa mengira warna kulit.

Sungguhpun begitu, terdapat beberapa perkara yang harus dijadikan iktibar dalam Yesterday.

Filem ini memang sarat dengan nilai-nilai kehidupan yang boleh dijadikan teladan dalam terus memburu impian.

Pertama, jangan sekali-kali mengambil hak orang dan membina nama di atas kerja keras orang lain. Kerja menjiplak Jack walau apa pun gejala yang melanda dunia sehingga The Beatles dilupakan bukan sesuatu yang wajar.

Kedua, anda harus jujur pada diri anda sendiri. Jack bagaikan ‘ditampar’ dengan rasa serba salah apabila pengurusny­a Ellie Appleton yang menjadi pendorongn­ya sejak kecil berkata:

“Dalam apa jua perkara yang kau lakukan, jangan sekali-kali tidak jujur. Bersikap jujurlah sentiasa agar rezeki kau tidak terhakis.”

Berjuang mati-matian pastinya adalah satu fasa kehidupan yang dijalani sesiapa sahaja yang ingin meniti tangga jaya.

Sungguhpun begitu, usah mengambil jalan pintas untuk tidak terus berusaha meskipun kejayaan sudah dikecapi. Pada masa yang sama, jangan lupakan sesiapa yang pernah membantu anda dalam perjalanan menuju jaya.

Tiada salahnya mengaku tentang kesilapan yang anda buat walaupun risikonya, seisi dunia akan bencikan anda.

Jack bahkan mengambil langkah berani bagi mengingatk­an peminatnya semula bahawa The Beatles adalah pencipta dan penyanyi asal lagu-lagu hit yang beliau dendangkan dengan sentuhan baru.

Pengumuman­nya dalam konsert raksasa di Stadium Wembley memang mengejutka­n. Namun, di sebalik segalanya, beliau lega apabila segala bebanan bagai terlepas bebas daripada pundaknya setelah mendedahka­n kebenaran.

Itulah detik di mana beliau menyedari teman seperti Kate tidak akan menyisihka­nnya walaupun selama ini dia berbohong.

Yesterday adalah kisah perjuangan yang mungkin mempengaru­hi watak utamanya agar menyelewen­g daripada kebenaran kerana dahagakan kepopulara­n sekelip mata.

Namun, Yesterday bukan setakat memberi penghormat­an buat The Beatles dengan sajian lagu seperti Hey Jude, Here Comes The Sun dan A Hard Day’s Night.

Selebihnya, ia adalah gesaan agar peristiwa semalam itu dijadikan iktibar bagi hari esok yang lebih cerah.

WARNA KULIT BUKAN PENGHALANG: Filem Yesterday memberi penghormat­an pada karya agung The Beatles di samping mengupas kisah hubungan cinta antara dua bangsa berbeza – jejaka keturunan India, Jack Malik (kanan) dan wanita kulit putih, Kate McKinnon. – Foto-foto UIP

EMOSI BERCAMPURA­DUK: Pemuzik Jack Malik yang bergelut dengan rasa serba salah apabila menjiplak kerja seni The Beatles dan mengaku itulah hasil ciptaannya. Namun, dia perlu berdepan dengan kebenaran rahsia itu tidak boleh disorok sampai bila-bila. Satu kemalangan global membuatkan masyarakat terlupakan The Beatles kecuali dirinya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.