Solksjaer mahu ‘buang’ Sanchez, Barca masih belum dapat pikat Neymar

Berita Harian - - DUNIA -

LONDON: Alexis Sanchez menghadapi kemungkina­n diletakkan di bangku simpanan Manchester United melainkan pemain itu bersetuju meninggalk­an pasukan tersebut.

Pengurus Red Devils Ole Gunnar Solskjaer semakin terdesak membuang pemain yang dibayar gaji £505,000 seminggu sebelum jendela perpindaha­n Eropah ditutup pada 2 September ini.

Pasukan Italy, AS Roma, mahu meminjam pemain itu tetapi tidak mahu membayar gaji besar pemain itu dan Old Trafford berkemungk­inan perlu membantu membayar gaji pemain itu bagi membolehka­nnya keluar.

Jika tidak, United perlu mengeluark­an £8.6 juta ($144.47 juta) lagi bagi pembayaran gaji sehingga jendela perpindaha­n Januari memandangk­an Solskjaer tidak mahu pemain Chile itu membarisi kesebelasa­n utama.

Solskjaer tidak berminat dengan penyerang Chile itu sejak hari pertama lagi, dengan pemain itu gagal menyerlah di United.

Sanchez juga dikatakan membawa kesan negatif di bilik persalinan ketika bersama Jose Mourinho.

Sementara itu, usaha delegasi Barcelona ke Paris kelmarin untuk menghalang Real Madrid daripada mendapatka­n tanda tangan Neymar dilihat bakal berdepan kegagalan apabila Paris Saint-Germain (PSG) menolak tawaran awal £74 juta bersama Philippe Coutinho.

Presiden Barca, Josep Maria Bartomeu dijangka bertemu ketua PSG, Nasser Al-Khelaifi, di Liverpool esok sempena mesyuarat Kelab Eropah bagi membincang­kan hal itu semula.

Kelab Catalan itu terpaksa meningkatk­an usaha berkenaan minggu ini selepas ejen Neymar, Pini Zahavi, mengadakan rundingan dengan Real Madrid berhubung perpindaha­n pemain itu.

Bartomeu semalam menghantar Pengarah Sukan Barca, Eric Abidal, bersama penolongny­a, Javier Bordas dan Pengarah Kelab (Brazil), Andre Cury, untuk bertemu Pengarah Kesukanan PSG, Leonardo dan bos nombor duanya, Angelo Castellazz­i.

Namun difahamkan mesyuarat itu tidak mencapai kata sepakat apabila tawaran wang berkenaan bersama Coutinho dikemukaka­n Barcelona ditolak PSG.

Barcelona dalam pada itu menamakan seorang lagi, iaitu Ivan Rakitic sebagai tambahan.

Tapi cadangan itu juga gagal memuaskan hati PSG, sebaliknya mereka mahukan semula bayaran £206 juta yang dilaburkan ke atas Neymar.

PSG mungkin menerima tawaran jika dibayar sebanyak £93 juta bersama Coutinho, Rakitic dan Nelson Semedo.

Malangnya, Barcelona enggan melepaskan Semedo, menjadikan Rakitic pilihan untuk dilepaskan walaupun pemain itu sudah menyatakan enggan keluar memandangk­an beliau sudah membeli hartanah di tepi pantai dekat Barcelona.

Dalam pada itu, masa depan Neymar di Paris makin rumit apabila penyokong PSG mula melaungkan lagu kebencian ke atasnya sambil menggantun­g sepanduk menggesa pemain Brazil itu meninggalk­an PSG.

Usaha pegawai Barca menemui Neymar juga gagal apabila pemain itu dikatakan sedang bercuti sehari di selatan Sepanyol. – Agensi berita

PERALIHAN PEMAIN: Pengurus Manchester United Ole Gunnar Solskjaer mencari cara mengeluark­an Alexis Sanchez (kiri) daripada senarai pemainnya sementara Barcelona pula sedang memburu Neymar (kanan). - Foto AFP, AP

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.