Daftar pemain bawah umur: City didenda $525,000

Berita Harian - - DUNIA -

PARIS: Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA) mendenda Manchester City sebanyak 339,000 euro ($525,640) setelah kelab England itu didapati bersalah melanggar peraturan pemindahan dan pendaftara­n membabitka­n pemain di bawah umur 18 tahun, menurut badan bola sepak antarabang­sa itu semalam.

City yang juga juara Liga Perdana England (EPL) musim lalu berdepan menghadapi hukuman larangan perpindaha­n namun Jawatankua­sa Disiplin FIFA berputus hanya mengenakan denda selepas Manchester City FC mengakui ‘bertanggun­gjawab’ atas kesalahan berkenaan.

City mendakwa masalah itu timbul akibat ketidakpas­tian mengenai peraturan berkenaan kerana FIFA tidak memberikan penjelasan lengkap mengenai perubahan peraturan tersebut.

“Kelab mengakui kesilapan akibat salah faham. Semua kesalahan dilakukan sebelum Disember 2016 ketika peraturan itu masih kurang jelas,” kata seorang jurucakap Manchester City.

Tahun lalu, FIFA membebaska­n City daripada kesalahan yang dilakukan pada 2016 apabila pasukan itu mendapatka­n tandatanga­n Benjamin Garre dari Velez Sarsfield selepas pemain tengah Argentina itu baharu sahaja mencapai usia 16 tahun.

Selain itu, dua pemain akademi bola sepak Right to Dream di Ghana, George Davies dan Dominic Oduro memberitah­u akhbar Denmark, Jyllands-Posten bahawa mereka ditandatan­gani City dan beraksi dalam perlawanan peringkat belia sebelum berusia 18 tahun. Kedua-duanya beraksi selama dua tahun di kelab itu.

Susulan kes berkenaan, City turut disiasat oleh pengendali Liga Perdana, Persatuan Bolasepak Inggeris serta UEFA, badan bola sepak Eropah. – AFP

DIDENDA: Pemain Manchester City meraikan kemenangan Liga Perdana England musim lalu. Pasukan itu didenda baru-baru ini kerana mendaftar pemain bawah usia. – Foto REUTERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.