Sertai ST Run untuk pererat hubungan dengan anak, beriadah

Berita Harian - - DUNIA - SAZALI ABDUL AZIZ [email protected]

BAGI Encik Mohamad Yusoff, The Straits Times Run (ST Run) bukan sahaja satu acara larian tahunan yang menarik, malah ia merupakan peluang mengeratka­n ikatan dengan kedua-dua anak perempuan kembarnya.

Pada 29 September ini, Encik Yusoff akan menyertai ST Run untuk tahun ketiga berturut-turut.

Sekali lagi, beliau akan disertai anak kembarnya, Fatin Alysa Syafyqah dan Fatin Syahyra Ilyana, 17 tahun.

Encik Yusoff, seorang pesara berusia 58 tahun, berkata: “Apabila saya masih bekerja kira-kira dua atau tiga tahun lalu, saya mengambil langkah mula berlari-lari anak sebagai satu aktiviti menjaga kesihatan.

“Pada masa yang sama, saya juga ingin membawa kedua-dua anak perempuan saya bersama, supaya kami mempunyai aktiviti yang sihat yang boleh kami nikmati bersama.”

Kini, beliau seringkali berlari-lari anak, kadang kala di samping Syafyqah dan Syahyra apabila masa dan jadual mereka dibenarkan.

Encik Yusoff menambah bahawa beliau berhasrat mengambil bahagian dalam satu acara berlari setiap bulan.

Beliau pernah menyertai acara 50Hrs Non Stop Run di Bedok Reservoir April lalu dan merancang mengambil bahagian dalam Majulah Walk & Run di Choa Chu Kang bulan ini.

Namun, beliau mengkhusus­kan setiap September untuk ST Run.

“Setiap edisi ST Run berlainan,” katanya. “Tahun lepas merupakan peluang untuk membawa anak-anak saya ke Hab Sukan Singapura untuk kali pertama.

“Kami bersantai di Hab Sukan dan juga menyertai aktiviti-aktiviti yang ada selepas perlumbaan dan ia adalah sesuatu yang saya tidak sabar untuk kembali tahun ini.

“ST Run adalah pengalaman cukup menarik, dan satu yang saya tidak mahu ketinggala­n.”

Syafyqah, yang lebih kurang sejam lebih tua daripada Syahyra, berkata: “Saya dan adik saya berlari-lari anak dengan ayah kami mengeratka­n hubungan ikatan keluarga beriadah dengannya.

“Dulu, beliau menghabisk­an masa memenuhi komitmen kerja untuk jangka waktu yang panjang, jadi sesi berlari kami menjadi peluang bagi kami berkongsi masalah dengannya, meminta nasihatnya atau hanya untuk menemankan satu sama lain.

“Bahkan, kami sering mendapat ganjaran dengan sarapan pagi yang baik selepas tiap sesi berlari!”

ST Run tahun ini akan kembali ke Hab Sukan, dan mempunyai tiga kategori: 18.45km bagi menandakan tahun pertama ST diterbitka­n; 10 km; dan 3.5km, jarak baru yang diadakan bagi menandakan ulang tahun ke-35 Singapore Press Holdings.

Bayaran pendaftara­n biasa bagi ketiga-tiga kategori masing-masing adalah $70, $60 dan $50.

Peserta yang pernah menyertai ST Run sebelum ini – tidak kira tahun – berpeluang menikmati kadar Runner Loyal dan hanya perlu membayar $58, $48 dan $38.

Pemegang kad OCBC dan peserta OCBC Cycle 2019, rakan kongsi ST Run, akan menikmati 15 peratus daripada kadar biasa.

Semua peserta ST Run akan menerima beg cendera hati, yang mengandung­i sehelai baju senaman New Balance NB DRY edisi terhad bernilai $49 dan sehelai baju NB DRY edisi terhad bernilai $49.

Penulis wartawan sukan The Straits Times. Beliau menulis artikel ini untuk BH.

SALING MENEMANI: Encik Yusoff dan anak kembarnya Fatin Syahyra Ilyana (tengah) dan Fatin Alysa Syafyqah akan mengambil bahagian dalam ST Run buat kali ketiga berturut-turut tahun ini. – Foto ihsan ENCIK MOHAMED YUSOFF

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.