Pengajaran yang boleh diambil Singapura

Berita Harian - - DUNIA -

HANYA satu gol yang memisahkan juara dan pingat perak di Piala Dunia Bola Jaring yang diadakan di Liverpool bulan lalu.

New Zealand menewaskan juara dunia sebanyak 11 kali, Australia, 52-51 dalam perlawanan akhir yang mendebarka­n dan menyebabka­n penonton tidak senang duduk.

Hanya satu jaringan memisahkan antara ‘penderitaa­n’ dengan ‘kegembiraa­n.’

Orang Kiwi – nama julukan bagi New Zealand – lebih faham kerana mereka terpaksa menunggu selama 16 tahun sejak kali terakhir mereka memenangi gelaran juara.

“Kami mengambil masa yang lama untuk mencapai tahap ini. Kadang-kadang, perkara yang baik pastinya akan mengambil masa,” kata jurulatih New Zealand, Noeline Taurua, dalam sidang akhbar selepas perlawanan pada 21 Julai lalu.

“Saya sangat sedar akan peranan saya dan saya hanyalah salah satu sahaja daripada pelbagai perkara dalam menentukan kejayaan New Zealand ini,” kata Tarua.

Beliau menambah bahawa beliau amat berbangga dengan program bola jaring New Zealand secara menyeluruh.

Sebaliknya, orang Australia, yang tidak biasa dengan kekalahan, telah mengalirka­n air mata.

Sebelum ini, mereka telah merangkul 11 gelaran dunia dan memenangi tiga Piala Dunia bagi musim yang lalu.

Jurulatih Australia, Lisa Alexander, berkata pemainnya begitu kecewa.

Sementara itu, pasukan kegemaran prakejohan­an iaitu England telah menewaskan Afrika Selatan untuk meraih gangsa.

Tuan rumah menyasarka­n emas di gelanggang sendiri, mengalami kekalahan dua gol dengan New Zealand pada peringkat separuh akhir.

Dalam perlawanan tersebut, orang Kiwi berjaya mengatasi sorakan penyokong England yang penuh semangat.

Peminat Zimbabwe yang ghairah pula tidak kalah dalam memberikan sorakan terbaik.

Mereka membuatkan kehadiran mereka begitu dirasai dalam arena tersebut dengan lagu-lagu, dram dan gerakan tarian yang licik ketika mereka bersorak untuk pasukan mereka bagi setiap jaringan.

Mereka bersorak seolah-olah mereka baru sahaja memenangi kejuaraan.

Bagi Singapura, mereka menamatkan perlawanan terakhir di antara 16 pasukan selepas kalah semua tujuh perlawanan, termasuk di tangan New Zealand dan musuh Asia iaitu Sri Lanka.

Mengulas perlawanan menentang Singapura, yang menyaksika­n New Zealang menang 89-21, Taurua berkata:

“Singapura berada pada peringkat terendah dalam pertanding­an, tetapi saya suka gaya permainan mereka. Secara umumnya, sukan satu peluang bagi wanita keluar dan mengeskspr­esikan diri mereka.

“Saya beranggapa­n bahawa terdapat saat-saat ketika mereka mendahului kami dan mereka menjaringk­an gol-gol yang sungguh menarik.”

Walaupun kapten Singapura, Charmaine Soh, menjadi inspirasi pasukan, kelincahan dan pengalaman New Zealand membezakan kededua pasukan.

Bagaimanap­un, jurulatih pasukan Singapura, Natalie Milicich, berkata bahawa beliau tidak kecewa dengan para pemainnya.

“Yang penting, mereka mampu bertahan dan kami perlu melihat apa yang dapat dicapai oleh pasukan yang sangat muda.

“Akhirnya kami perlu bersikap realistik tentang hakikat bahawa kami bukan pemain profesiona­l. Agak malang kerana kami tidak mempunyai dana untuk menampung atlit sepenuh masa bergaji. Sekiranya kami mampu, saya fikir jurang ini pastinya dapat diatasi.’’

Beliau mengatakan bahawa satu cara meningkatk­an tahap bola jaring di Singapura ialah dengan melatih atlit seawal mungkin.

“Negara-negara seperti Australia atau New Zealand mula melatih pemain mereka dari usia yang sangat muda.

“Pada usia lima atau enam tahun, mereka sudah bermain bola jaring. Di Singapura, kita hanya bermula semasa darjah 3 atau 4 (umur sembilan dan 10 tahun),’’ kata Milicich.

Beliau menambah bahawa program untuk kanak-kanak juga bermakna Singapura akan mempunyai bulatan pemain yang lebih besar untuk digunakan.

Duta Besar Piala Dunia dan kapten Uganda iaitu Peace Proscovia, 29 tahun, menyuaraka­n tentang kepentinga­n menjaga generasi bola jaring seterusnya.

Apabila ditanya tentang perasaanny­a apabila dia digantikan di dalam salah satu permainan oleh rakan sepasukann­ya yang berusia 22 tahun Mary Cholhok, Proscovia menjawab:

“Keluar daripada perlawanan dan membiarkan seseorang seperti Mary masuk adalah satu kebanggaan bagi saya.

“Salah satu matlamat utama saya adalah mempromosi­kan golongan muda kerana masa depan bukan kepunyaan kita lagi. Mary jauh lebih muda daripada saya, dan dia memerlukan masa untuk memperoleh keyakinan.’’

Bagi Proscovia, bola jaring telah mengubah hidupnya dalam pelbagai bentuk. Bola jaring telah memberikan pendidikan dan kehidupan yang lebih baik buatnya.

Gadis muda yang dibesarkan di sebuah kampung yang miskin ini, kini bermain bola jaring secara profesiona­l dan sedang melanjutka­n pengajian untuk mendapatka­n ijazah doktor falsafah di Australia.

Malah, bola jaring atau sebarang sukan sedemikian mempunyai makna yang lebih besar dari berlawan di atas gelanggang semata-mata. Sukan membantu membangunk­an kesabaran, ketabahan dan keseronoka­n. Ia juga memberi keterujaan kepada orang ramai dan mempunyai keupayaan memperkasa wanita.

Selain itu, ia dapat memberi inspirasi kepada atlit generasi baru.

Seperti yang pernah dikatakan oleh Nelson Mandela:

“Sukan mempunyai kuasa mengubah dunia. Ia mempunyai kuasa memberi inspirasi, ia mempunyai kuasa menyatukan orang dengan satu cara tersendiri yang tidak dapat diberikan oleh kuasa lain. Ia juga bercakap kepada belia dalam bahasa yang mereka fahami. Sukan boleh mencipta harapan, walaupun dalam satu keadaan yang sedih.’’

Singapura boleh belajar daripada negara-negara lain yang tampil lebih baik di Piala Dunia.

New Zealand, dengan penduduk yang lebih kecil telah memenangi piala itu. Zimbabwe yang membuat penampilan kali pertama dalam perlawanan ini berjaya menamatkan perlawanan secara terhormat di tempat kelapan, walaupun mempunyai sumber yang lebih sedikit dan memerlukan dana awam untuk mampu menghadiri Piala Dunia.

Pasukan Singapura harus belajar daripada pengalaman mereka di kejohanan utama ini. Kelayakan Piala Dunia ini adalah satu kejayaan.

Namun banyak kerja yang perlu dilakukan jika mereka mahu menjadi kompetitif di peringkat antarabang­sa pada masa akan datang.

Usaha yang lebih besar harus diambil untuk mengasah bakat yang lebih menyerlah di Singapura.

Selain itu, jalinan budaya sukan yang lebih kuat perlu dijalankan. Permulaan yang baik adalah untuk melabur dengan lebih banyak kepada atlet-atlet muda, mengupah jurulatih bertaraf dunia, dan memperbaik­i program bola jaring negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.