Berita Harian : 2019-08-15

DUNIA : 16 : 16

DUNIA

Berita Harian | Khamis, 15 Ogos 2019 16 gaya hidup Larian erat hubungan keluarga – Muka 15 SERAMAI 48 ibu berjaya menyusukan bayi mereka di “Big Latch On” (BLO), satu acara menyusukan bayi dengan susu badan secara serentak beramai-ramai, di Hospital Besar Sengkang, sempena Minggu Menyusu Sedunia. Acara yang menarik lebih 200 orang termasuk ibu-bapa dan kanak-kanak diolah Kumpulan Sokongan Ibu-ibu yang Menyusukan Anak (BMSG) serta Lembaga Sokongan Penyusuan Ibu Singapura (ABAS) Sabtu lalu. Buat julung-julung kalinya, acara BLO juga diadakan sempena pesta GetActive! Singapore yang diadakan di Kampus Bersepadu Sengkang. Peserta seronok berzumba sambil menggendon­g bayi dan mengikut rentak lagu tempatan seperti Chan Mali Chan. Tetamu terhormat, Anggota Parlimen GRC Jurong, Cik Rahayu Mahzam berkata: “Saya sangat terharu atas sambutan yang baik dari keluarga dan masyarakat di atas sokongan penyusuan susu ibu sambil meraikan Hari Kebangsaan Singapura dengan kegiatan aktif”. Acara tahunan yang diadakan kali ketujuh itu menggarisk­an tema “Ayuh Ibu Bapa, Jayakan Penyusuan Susu Ibu”, diharap dapat menaikkan kesedaran tentang penyusuan ibu dan sokongan dari keluarga. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyaranka­n bayi diberi susu ibu secara tetap selama enam bulan. Ia juga menggalak penyusuan berterusan sehingga dua tahun atau lebih, diiringi makanan pelengkap, jika ia dipersetuj­ui ibu dan anak. Menurut Cik Khatim Hamidon, presiden BMSG: “Walau menyusukan ini adalah suatu semula jadi, ia mungkin tidak mudah bagi ramai para ibu untuk menjayakan­nya. Ini terbukti dengan kadar tinggi ibu yang mula memberi susu ibu, iaitu 99 peratus. “Namun hanya 28 peratus yang masih menyusu secara tetap selepas dua bulan, menurut satu kajian tempatan pada tahun 2013.” BMSG, satu-satunya badan kebajikan yang memberi sokongan penyusuan ibu kepada para ibu dan keluarga, mengharap dapat memberi sokongan melalui pelbagai saluran: Facebook, panggilan hotline, WhatsApp dan juga pertemuan para ibu. “Kadangkala kami mendapat panggilan dari pihak bapa dan nenek yang mengambil berat tentang bagaimana mereka boleh memberi pertolonga­n tepat untuk menyokong ibu yang menyusukan.” “Ini satu galakan bagi kami kerana ia bermakna seluruh keluarga memahami kepentinga­n dan nilai mencari sokongan supaya lebih berjaya dalam penyusuan ibu.” Ini sesuatu yang boleh dipersetuj­ui Encik Muhammad Syafiq Sunardi, 31 tahun, yang menyertai acara BLO. Beliau berkata: “Saya menghadiri BLO hari ini kerana saya menyokong wawasan BMSG yang sealiran dengan prinsip keluarga kami. Menyusukan bayi selama dua tahun digalakkan dalam Al-Qur’an. “Secara saintifik, pelbagai kebaikan dan khasiat didapati pada susu ibu, jika dibandingk­an dengan susu alternatif. Terdapat juga kesan psikologi serta emosi yang positif kepada kedua-dua anak dan ibu ketika penyusuan badan ini dijayakan.” Susu ibu boleh jimatkan ekonomi dunia $470 bilion setahun Ia merumuskan penyusuan bayi membawa kepada memperbaik­i jangka hayat dramatik. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyaranka­n bayi hanya diberi susu badan bagi enam bulan pertama dan kemudian diberi diet susu badan dan makanan lain sehingga dua tahun. Menurut agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu, menyusu badan boleh mengelakka­n cirit-birit dan radang paru-paru, dua punca utama kematian bayi. Ia juga melindungi si ibu daripada barah payudara dan ovari. Namun hanya 40 peratus bayi bawah usia enam bulan diberi susu badan, manakala kematian 820,000 kanak-kanak boleh dielakkan setiap tahun jika saranan itu diikuti, tambahnya. Beberapa halangan untuk menyusukan bayi termasuk kurangnya kemudahan atau waktu rehat di tempat kerja, pemasaran agresif susu formula dan stigma atau gangguan terhadap golongan ibu yang menyusu badan di tempat awam. Sempena Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia yang bermula 1 Ogos, para pengkaji berharap lebih banyak negara akan melaksanak­an dasar-dasar yang menggalak susu badan, menggesa para majikan memberi lebih sokongan dan menyekat pemasaran susu tepung formula. Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia disambut pada 1 hingga 7 Ogos setiap tahun di seluruh dunia. Tahun ini merupakan tahun yang ke-27 ianya disambut. Sambutan ini mencermink­an komitmen terhadap usaha mempromosi, melindungi dan menyokong penyusuan susu ibu. Dengan komitmen ini anak-anak dapat dilindungi daripada pelbagai penyakit semasa bayi dan seterusnya mengurangk­an risiko penyakit setelah dewasa. Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia (PSI) tahun ini yang bertemakan ‘Memperkasa Ibu Bapa, Membolehka­n Amalan Penyusuan Susu Ibu’. Ia menekankan mengenai tiga peranan utama bagi melindungi, mempromosi dan menyokong amalan PSI iaitu dasar-dasar dan undang-undang bagi melindungi kebajikan ibu bapa; tempat kerja yang mesra ibu bapa sama ada dalam sektor pekerjaan formal dan tidak formal; dan nilai-nilai mesra ibu bapa dan kesaksamaa­n dalam keibubapaa­n. – Agensi berita. PARIS: Menyusukan lebih ramai bayi untuk tempoh lebih lama berupaya menyelamat­kan ekonomi dunia AS$340 bilion ($470 bilion) setahun. Satu laman baru yang dibangunka­n pengkaji di Canada dan Asia menunjukka­n bahawa dunia boleh menikmati penjimatan tersebut jika kaum ibu memberi anak mereka susu badan lebih lama, lantas mengelakka­n kematian awal dan pelbagai jenis penyakit. Ia turut berupaya mengelakka­n lebih 800,000 kematian bayi, dan 20,000 kematian akibat barah payu dara setiap tahun. Dalam masa yang sama memberi susu badan yang tidak mencukupi membebanka­n ekonomi global hampir AS$1 bilion setiap hari akibat kos penjagaan kesihatan dan kurangnya daya penghasila­n. Menurut penyelidik menerusi kajian yang dikenali sebagai ‘Kerugian Akibat Tidak Menyusu Badan’, alat secara talian itu menggunaka­n data daripada kajian enam tahun yang disokong satu gerakan sokongan keibuan dan khasiat kanak-kanak, Alive & Thrive. “Ia hak kemanusiaa­n, ia menyelamat­kan nyawa dan membaiki kemakmuran ekonomi,” kata pakar ekonomi kesihatan di Canada, Encik Dylan Walters tentang pentingnya susu ibu. Encik Walters, yang menerajui kajian melibatkan lebih 100 negara, berkata laman itu adalah pertama seumpamany­a dan bertujuan membantu penggubal dasar mengukur kerugian ekonomi yang dialami setiap negara apabila penyusuan susu ibu tidak disokong. “Penyusuan bayi menyelamat­kan nyawa dan ekonomi semua negara, kaya dan miskin. “Ada salah anggap meluas mengenai faedah penyusuan bayi cuma berkaitan dengan negara miskin,” kata penyelidik, Encik Cesar Victora dari Universiti Persekutua­n Pelotas di Brazil. Siri kajian itu disiarkan jurnal perubatan, The Lancet. Kajian berdasarka­n analisis ke atas 28 penilaian saintifik dan analisis meta yang melihat kepada faedah penyusuan bayi dari segi kesihatan dan ekonomi yang sudah terbukti. Penulis kajian berkata, ia adalah analisis terbesar dan paling terperinci pernah diadakan. Diterbitka­n dan dicetak oleh Singapore Press Holdings Limited. Co. Regn. No. 198402868E. Anggota Pengedaran Biro Audit Singapura. Perkhidmat­an Pengguna (Pengedaran): 6388-3838, [email protected], Faks: 6746-1925.

© PressReader. All rights reserved.