Berita Harian : 2019-08-15

BERITA : 3 : 3

BERITA

Berita Harian | Khamis, 15 Ogos 2019 3 Berita PEGAWAI Malaysia mengesahka­n semalam bahawa mayat seorang wanita yang memakai jaket keselamata­n dijumpai di perairan Terengganu. Keluarga Cik Puah Geok Tin, salah seorang daripada dua pendayung Singapura yang hilang di perairan Endau di Mersing Khamis lalu, telah diminta membantu mengenal pasti mayat tersebut. Mayat itu ditemui seorang nelayan sekitar 12.55 tengah hari semalam di Kemaman, Terengganu, menurut notis yang ditulis di papan Pusat Mencari dan Menyelamat (SAR) di Mersing, lapor The Straits Times. Beliau kemudian memaklumka­n Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) di Kemaman. Pihak berkuasa tempatan di sana mengambil semula mayat itu dan memaklumka­nnya kepada konsulat Singapura. Di pusat SAR di Mersing, anggota keluarga Cik Puah dilihat memasuki bilik dan mendengar penerangan pihak berkuasa tempatan dan kakitangan konsulat. Beberapa minit kemudian, anak lelakinya, Encik Louis Pang dan suaminya, Encik Peng Mun Kit, meninggalk­an bilik tersebut dengan raut wajah sedih. Selang beberapa jam sebelum penemuan mayat tersebut, anggota keluarga Cik Puah, 57 tahun, dan Encik Tan Eng Soon, 62 tahun, mengesahka­n barangan peribadi milik kededua pendayung Singapura yang hilang itu. Selasa lalu, seorang nelayan menjumpai kayak berwarna hijau kededua pendayung itu di pantai Kuantan. Kayak itu terdampar lebih 200 km dari Mersing, Johor, di mana pasangan tersebut telah memulakan kegiatan kayak mereka bersama 13 pendayung lain dari Singapura pada cuti panjang minggu lalu. Barangan peribadi mereka dijumpai dalam beg kalis air yang diletakkan dalam kayak itu, namun kededua mereka tidak dapat dikesan. Sekitar 11 pagi semalam, Encik Pang, 24 tahun, dan isteri Encik Tan, Cik Kwan Yoke Yee, 58 tahun, memasuki bilik di Jeti Penyabong di Mersing untuk mengesahka­n barangan peribadi seperti dompet dan barangan kebersihan. Apabila ditanya wartawan, Encik Pang berkata perkara pertama yang akan dilakukann­ya sebaik sahaja ibunya dijumpai ialah mengucapka­n “I love you” (saya sayang ibu) kepada ibunya. Dalam satu sidang akhbar yang diadakan, pihak berkuasa Malaysia berkata operasi mencari dari udara akan meliputi kawasan dari Endau, Mersing ke Berserah Kuantan, Pahang, dan melibatkan empat helikopter, sebuah kapal terbang, tiga kapal dan tujuh bot. Usaha mencari dari udara itu akan diperluas dari 900 batu nautika kepada 1,200 batu nautika, kata pegawai APMM di Mersing. Sementara itu, usaha mencari di laut akan dikhususka­n di kawasan seluas 451 batu nautika persegi. Usaha mencari di darat pula akan meliputi kawasan seluas 60km. Kesemua operasi itu akan melibatkan seramai 119 pegawai.

© PressReader. All rights reserved.