Berita Harian : 2019-08-15

BERITA SETEMPAT : 4 : 4

BERITA SETEMPAT

Berita Harian | Khamis, 15 Ogos 2019 4 Berita SETEMPAT SYARIKAT setempat dan negara seperti Singapura perlu berkongsi sumber, menyepaduk­an proses mereka dengan lain dan mencari cara menginovas­i sistem agar kekal berdaya saing dalam ekonomi digital yang berentak pantas, gesa Menteri Perdaganga­n dan Perusahaan, Encik Chan Chun Sing. Bercakap dalam pembukaan sidang IBM Think Singapore 2019 di Pusat Konvensyen dan Sands Expo di Marina Bay Sands semalam, Encik Chan melahirkan keprihatin­annya bahawa perniagaan dan negara global akan menjadi lebih ‘miskin’ kerana tidak bekerjasam­a, lapor The Straits Times. “Hari ini, dunia berdepan dengan cabaran besar. “Banyak negara di dunia yang tidak percaya pada penyepadua­n. Sebaliknya, kita berdepan dengan risiko berpecah belah. “Jika dunia berpecah belah... kita akan menjadi lebih ‘miskin’,” ujarnya yang menyentuh tentang ekonomi digital serta apa yang perlu dilakukan oleh syarikat setempat dan Singapura sebagai sebuah negara, agar dapat harus berdaya saing. Menurut Encik Chan, syarikat yang bergantung kepada data yang mengalir secara antarabang­sa seperti IBM, Google dan PayPal, tidak akan bertakat dalam ekonomi digital jika dunia ini berpecah belah. Satu tinjauan pada 2016 oleh syarikat kajian pasaran, Oxford Economics dan firma telekomuni­kasi, Huawei meramalkan saiz ekonomi digital global akan bernilai sekitar AS$11.5 trilion ($15.9 trilion) atau lebih 15 peratus daripada Hasil Kasar Dalam Negeri (GDP). Rangka Kerja Tindakan Ekonomi Digital Singapura pula meramalkan tahun lalu bahawa ekonomi digital akan menyumbang tambahan AS$10 bilion kepada GDP negara, menjelang 2021. Dalam ucapannya, Encik Chan berkata “Agar kita dapat terus bertakat dan maju, kita harus sentiasa berwaspada dan terus bersepadu dengan negara lain kerana apa yang kita ada hari ini adalah kerana masa lalu kita dan masa lalu itu tidak menjanjika­n masa depan. Produk dan idea yang berjaya pada masa lalu bukanlah jaminan kejayaan pada masa depan.” – Menteri Perdaganga­n dan Perusahaan, Chan Chun Sing. kededua syarikat dan negara harus sentiasa mencari cara baru untuk mencipta atau memperbaik­i proses perniagaan kerana mereka tidak boleh bersandark­an kepada kejayaan lalu sebagai tanda mereka akan cemerlang dalam ekonomi digital. Beliau juga menarik perhatian bahawa banyak produk IBM hari ini berbeza berbanding dua tahun lalu, sebagaiman­a mereka. Dalam persidanga­n sehari itu, ketua perniagaan dari pertubuhan seperti Lembaga Perumahan dan Pembanguna­n (HDB), DBS dan DHL Express turut berkongsi bagaimana mereka menggunaka­n teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), sains data dan pengkomput­eran kuantum bagi memperbaik­i aliran kerja dan pengalaman pelanggan. produk dihasilkan hari ini akan pula berlainan daripada dua tahun mendatang. “Ini adalah pengajaran yang sama untuk Singapura. “Agar kita dapat terus bertakat dan maju, kita harus sentiasa berwaspada dan terus bersepadu dengan negara lain kerana apa yang kita ada hari ini adalah kerana masa lalu kita dan masa lalu itu tidak menjanjika­n masa depan. “Produk dan idea yang berjaya pada masa lalu bukanlah jaminan kejayaan pada masa depan,” tekan beliau. Lebih 1,000 ketua perniagaan dan pakar telah menghadiri persidanga­n tersebut bagi membincang­kan tentang bagaimana syarikat di merata dunia menggunaka­n teknologi canggih bagi mengubah perniagaan TUKARAN ASING Mata wang Nilai Tukaran Mata wang Tukaran bagi $1 AS$ (S$ bagi AS$1) 1.388 RM Rupiah Baht Aust$ Yen Peso F Rupee Riyal S HK$ NZ$ Renminbi 3.019 10,270 22.21 1.067 76.57 37.69 51.42 2.703 5.655 1.121 5.058 Euro (S$ bagi 1 Euro) 1.554 Paun (S$ bagi 1 paun) 1.675 ZAKAT HARTA Kadar nisab: Brand Your Assets $5,466 Call 6289 8822 or e-mail [email protected] to publicise your Financial Statements Call 6289 8822 or e-mail [email protected] to publicise your IPOs & other offerings

© PressReader. All rights reserved.