Berita Harian : 2019-08-15

BERITA : 6 : 6

BERITA

Berita Harian | Khamis, 15 Ogos 2019 6 Berita SEREMBAN: Laporan bedah siasat mayat remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15 tahun, akan terus dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutny­a. Peguam keluarga Nora Anne, Sankaran Nair, berkata beliau akan meminta Peguam Negara untuk mempertimb­angkan sama ada inkues perlu dilakukan dalam kes ini. “Biasanya kematian mengejut memerlukan inkues. Saya akan meminta Peguam Negara mempertimb­angkan sama ada inkues diperlukan dalam kes ini. “Buat masa ini, masih terlalu awal untuk menentukan punca kematian mangsa sama ada wujud unsur jenayah atau tidak, perlu tunggu laporan bedah siasat dikeluarka­n sebelum tindakan selanjutny­a diambil,” katanya. Mengulas lanjut, Sankaran berkata, keluarga mangsa turut hadir pada pagi semalam sebagai prosedur sebelum bedah siasat dimulakan. Keluarga Nora Anne mengucapka­n setinggi penghargaa­n kepada polis dan pihak berkuasa yang terbabit secara langsung dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja itu. Mayat remaja Ireland yang tidak berpakaian itu ditemui di kawasan hutan berhampira­n resort penginapan keluarga remaja itu, pada jam 1.57 tengah hari kelmarin. Ia ditemui sekumpulan pendaki sukarelawa­n yang turut menyertai operasi SAR. Keluarga Nora Anne Quoirin mengesahka­n mayat yang ditemui adalah remaja perempuan warga Ireland yang hilang, menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop. Beliau berkata, keluarga mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar di Seremban untuk mengecam mayat dan mengesahka­n ia adalah Nora Anne, yang hilang dari sebuah resort pada 4 Ogos lalu. Mayat ditemui dekat Gunung Berembun di Pantai Hills. Nora Anne, mendaftar masuk di sebuah resort bersama ibu bapanya, Sebastian Marie Philipe dan Meabh Jaseprine Quoirin, serta adik-beradiknya, Innes Julia dan Maurice Arthure, 3 Ogos lalu.

© PressReader. All rights reserved.