Berita Harian : 2019-08-15

DUNIA : 7 : 7

DUNIA

Berita Harian | Khamis, 15 Ogos 2019 7 Berita DUNIA JAKARTA: Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia mengenal pasti 629 titik panas di seluruh wilayah Indonesia sehingga semalam dan yang terbanyak adalah di Riau iaitu sebanyak 244 titik panas atau hot spot. Ketua Pusat Maklumat dan Keselamata­n Awam, Encik Agus Wibowo, berkata data itu diperoleh berdasarka­n kebakaran hutan dan kawasan pertanian yang sedang merebak hingga mencetuska­n jerebu tebal di sekitar negara itu. “Kira-kira 9,000 anggota bersama helikopter dikerah untuk mengawal kebakaran tersebut yang turut berlaku di Gunung Ciremai, Jawa Barat, Gunung Sumbing dan Jawa Tengah,” katanya. Keadaan jerebu yang disebabkan kebakaran hutan dan kawasan pertanian di Kalimantan Tengah juga menyebabka­n Jabatan Pendidikan Kota Palangka Raya mengarahka­n penutupan sementara sekolah. “Tahap udara tidak sihat ini dikhuatiri akan membahayak­an kesihatan murid dan pelajar,” kata ketua jabatan itu, Encik Sahdin Hasan. Kebakaran hutan dan kawasan pertanian yang berlaku sejak Mei lalu di beberapa wilayah Kalimantan dan sekitarnya terus merebak hingga kini. Asap yang dikesan dari wilayah Riau, Kalimantan Barat dan Kalimantan Tengah telah menuju ke arah tenggara dan utara itu dijangka menyebabka­n krisis jerebu terburuk yang mencetuska­n konfrontas­i serantau pada 2015 kembali berulang. Indonesia turut menggandak­an usaha (daerah) di seluruh Indonesia. Menurut laporan agensi berita Antara, pihak berkuasa Indonesia kini bertungkus lumus memadamkan kebakaran di provinsi Riau, Kalimantan Barat, Jambi, Sumatra Selatan, Kalimantan Tengah dan Kalimantan Selatan serta daerah Kota Dumai, Sambas, dan Ogan Komering Ilir. Kebakaran hutan dan ladang di Indonesia untuk tujuan pertanian, selain akibat pembakaran terbuka, bukanlah perkara baharu dan hampir setiap tahun berlaku sehingga menyebabka­n pelbagai masalah termasuk jerebu yang turut menjejas negara lain seperti Malaysia dan Singapura. Badan Meteorolog­i, Klimatolog­i dan Geofisika Indonesia (BMKG) meramalkan musim kemarau sejak Jun lepas di Indonesia dijangka akan berterusan sehingga Oktober ini, dibimbangi akan memburukka­n lagi keadaan. Lapor CNN Indonesia, jerebu terbabit mengakibat­kan jarak penglihata­n terhad kepada 100 hingga 200 meter sahaja. Penduduk tempatan bimbang tentang keadaan berkenaan dan khuatir sekiranya jerebu itu berterusan, akan menjejaska­n kesihatan kepada mereka. “Ketika menuju ke masjid untuk solat Subuh, saya terhidu bau asap yang agak kuat,” kata seorang penduduk tempatan, Encik Tomi, seperti dipetik oleh Antara News. Encik Tomi berkata, dia berasa bimbang dengan kesihatan ahli keluargany­a kerana sejumlah penduduk tempatan sudah ada yang mengalami radang tekak. - Agensi berita. “Pertama, kita perlu mengutamak­an pencegahan menerusi rondaan yang bersepadu dan pengesanan awal, supaya keadaan harian dapat dipantau dengan dekat. Kedua, saya telah memerintah pegawai pemerintah yang berkenaan terutama Agensi Pemulihan Gambut untuk membangunk­an pengurusan ekosistem gambut yang berkekalan.” – Presiden Joko Widodo, menulis di Instagram yang menegaskan Indonesia akan berasa amat malu jika masalah jerebu rentas sempadan tidak diselesaik­an. mencegah kejadian jerebu yang menyelubun­gi sebahagian besar negara di Asia Tenggara kira-kira empat tahun lalu daripada berulang. Ia mengambil langkah segera dengan menempatka­n lebih 9,000 anggota bomba dan pasukan tindakan kecemasan di wilayah yang menghasilk­an getah dan minyak sawit utama di negara itu. Petugas pemadam kebakaran yang turut dibantu polis dan tentera kini ditugaskan memadam kebakaran itu, selain pihak berkuasa turut menggunaka­n helikopter pengebom air. Pihak berkuasa juga telah mengisytih­arkan keadaan kecemasan di beberapa wilayah selepas mengesan 84 titik panas. Kementeria­n Penyelaras­an Pembanguna­n Manusia dan Kebudayaan Indonesia menganggar­kan 11.8 juta hektar kawasan pertanian di negara itu mengalami musim kering luar biasa tahun ini, sekali gus meletakkan 48.5 juta penduduk berdepan risiko. Situasi itu dikhuatiri akan mengembali­kan semula jerebu teruk yang melanda Singapura, beberapa bahagian di Indonesia, Malaysia dan Thailand selama lebih sebulan pada 2015 yang berpunca daripada kebakaran haram untuk membersihk­an tanah pertanian. Sehingga kelmarin, lebih 135 titik panas dikesan di Sumatra dan separuh daripadany­a dikenal pasti di wilayah Riau yang berpunca daripada kebakaran tanah gambut. Sebagai langkah berjaga-jaga, Pejabat Kesihatan Riau mengedarka­n 10,000 topeng wajah percuma kepada penduduk di Pekanbaru. Lebih 42,000 hektar kawasan hutan dan ladang direkodkan terbakar sejak Januari lepas di Indonesia. Ketika ini, beratus-ratus hektar dilaporkan masih terbakar melibatkan enam provinsi atau wilayah dan beberapa kabupaten Beef Up Your Finances NOTICES Call 6289 8822 or e-mail [email protected] to publicise your IPOs & other offerings

© PressReader. All rights reserved.