Berita Harian : 2019-09-12

BERITA : 3 : 3

BERITA

Berita Harian | Khamis, 12 September 2019 3 Berita kekal kering selama beberapa hari akan datang. Oleh itu, keadaan jerebu dijangka berterusan dan Singapura mungkin terus mengalami keadaan berjerebu sekali-sekala. Ibu dua anak kecil, Cik Mardiah Effendi, 37 tahun, berkata beliau dan anak-anaknya kini lebih banyak meluangkan masa di rumah dan sudah menyediaka­n pelitup muka untuk digunakan jika keadaan jerebu bertambah teruk. “Selalunya kami pergi ke taman permainan setiap petang, tapi kalau sekarang, tak boleh. Kami juga lebih banyak minum air. Apabila PSI sudah sampai 100, baru saya akan ambil lebih banyak langkah macam pakaikan anak saya pelitup muka apabila dia pergi sekolah,” katanya. Bapa tiga anak, Encik Muhammad Azhar Ahmad, 38 tahun, pula berkata beliau akan memeriksa dahulu keadaan jerebu setiap hari sebelum merancang kegiatan buat anak-anaknya. “Selain itu, saya akan lebihkan kegiatan di ruang tertutup dan akan beli pelitup muka N95 buat keluarga saya,” katanya. Sementara itu, Malaysia melaporkan bacaan PSI 101 (tidak sihat) di beberapa negeri termasuk Pulau Pinang, Perak, Sarawak dan Negeri Sembilan. Berdasarka­n maklumat Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), PSI di Rompin, Pahang, telah memasuki paras sangat tidak sihat dengan bacaan 223 pada 6 petang semalam. Namun, bacaan tinggi itu dikatakan berpunca daripada kebakaran belukar seluas lima ekar berhampira­n dengan stesen pemantauan udara di kawasan itu. Daerah Johan Setia Klang di Selangor juga telah memasuki paras sama dengan bacaan 201. WARGA Singapura sedang bersiap sedia menghadapi jerebu lebih tebal, meski mutu udara masih berada dalam paras sederhana buat masa ini. Ada keluarga malah, sudah mula membeli pelitup muka N95 dan membuat rancangan mengadakan kegiatan di ruang tertutup bagi anak-anak mereka dalam minggu cuti sekolah ini. Menurut bacaan laman web Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), Indeks Pencemaran Udara (PSI) 24 jam yang merupakan pengukur mutu udara di sini, menunjukka­n bacaan 69 hingga 75 pada 6 petang semalam. PSI 50 ke bawah menandakan mutu udara baik; 51 hingga 100, sederhana; 101 hingga 200, tidak sihat; 201 hingga 300, sangat tidak sihat; dan lebih 300, berbahaya. Bagi tempoh 24 jam akan datang, bacaan kadar PM2.5 – partikel yang mempunyai saiz lebih kecil daripada 2.5 mikrometer – satu jam pula dijangka berada dalam Band I iaitu ‘biasa’ atau Band II iaitu ‘tinggi’. NEA dalam satu kenyataan semalam berkata sejumlah 629 titik panas dikesan di Sumatera, kebanyakan­nya di wilayah Riau, Jambi dan Sumatera Selatan. “Asap jerebu sederhana hingga tebal terus keluar dari titik panas di sana. Ada asap jerebu telah ditiup angin dan menjejas daerah di Semenanjun­g Malaysia,” kata NEA. Di Kalimantan pula sejumlah 1,584 titik panas dikesan semalam, kenaikan besar daripada 749 kelmarin. Asap jerebu dilihat di banyak daerah di Kalimantan dan ada yang telah merebak ke kawasan Laut China Selatan berdekatan. NEA berkata cuaca di Sumatera dan Kalimantan rata-rata dijangka Call 6289 8822 or e-mail [email protected] to publicise your Financial Statements

© PressReader. All rights reserved.