Berita Harian : 2019-09-12

BERITA DUNIA : 5 : 5

BERITA DUNIA

Berita Harian | Khamis, 12 September 2019 5 Berita DUNIA yang dipecat Encik Trump pada September tahun lalu. Pemilihan Encik Bolton ketika itu dilihat mengejutka­n banyak pihak. Pemilihan beliau juga mendapat tentangan keras daripada pelbagai pihak, terutamany­a pegawai tentera Amerika yang pernah bertugas dengannya sambil menyifatka­n beliau sebagai seorang yang terlalu agresif ketika berkhidmat. Encik Bolton bertanggun­gjawab menjaga dan menyusun dasar luar Amerika serta membuat keputusan berhubung keselamata­n negara sebelum dimuktamad­kan oleh Encik Trump. Pada permulaann­ya, pendekatan ideologi yang digunakan oleh Encik Bolton dilihat bersesuaia­n dengan retorik Encik Trump berhubung dasar-dasar negara ini biarpun kedua-duanya tidak mempunyai persetujua­n mengenai peperangan di luar negara. Tidak seperti Setiausaha Negara atau Setiausaha Pertahanan, Penasihat Keselamata­n Kebangsaan berkhidmat secara terus buat presiden dan tidak memerlukan Dewan Senat meluluskan pelantikan­nya. – Agensi berita. WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, memecat penasihat keselamata­n kebangsaan­nya, Encik John Bolton, ekoran perselisih­an faham mengenai dasar luar membabitka­n beberapa negara seperti Korea Utara, Iran, Afghanista­n dan Russia. “Saya sudah memaklumka­n Bolton bahawa mulai malam semalam, perkhidmat­annya tidak lagi diperlukan di Rumah Putih. “Saya tidak bersetuju dengan kebanyakan daripada cadanganny­a, seperti mana orang lain di dalam pentadbira­n ini,” kata Encik Trump di Twitter. Encik Trump berkata beliau akan mengumumka­n pengganti Encik Bolton minggu depan. Namun Encik Bolton menegaskan bahawa beliau tidak dipecat, sebaliknya beliau meletak jawatan. Encik Bolton berjanji untuk mengeluark­an pernyataan berkaitan isu tersebut “dalam masa terdekat”. Apabila berita muncul di media, Encik Bolton menghantar mesej kepada Fox News bahawa beliau tidak dipecat, tetapi meletak jawatan. Beliau juga menghantar mesej kepada Washington Post mengatakan bahawa beliau “akan bercakap dalam masa terdekat, dan satu-satunya kebimbanga­n saya ialah keselamata­n negara Amerika”. Encik Bolton adalah penasihat keselamata­n ketiga yang dilantik oleh Trump, sedang presiden itu terus memberi tekanan kepada Korea Utara, di sebalik pelbagai usaha diplomatik yang dilaksanak­an. Beliau juga membantah cadangan Encik Trump untuk mengadakan mesyuarat dengan kepimpinan Iran dan mahu pendekatan lebih tegas terhadap Russia serta Afghanista­n. Para pengamat melihat Encik Bolton merupakan tokoh di belakang tabir yang meningkatk­an konflik Amerika dengan Iran. Malah, beliau juga berada di belakang mantan presiden, Encik George W. Bush, berkaitan penceroboh­an Amerika ke atas Iraq. Encik Bolton juga mengatakan Amerika harus mempertimb­angkan pilihan ketenteraa­n untuk menangani krisis Venezuela, dan perlunya ‘perang pencegahan’ untuk membendung Korea Utara. Encik Bolton sebelum ini menggantik­an Penasihat Keselamata­n Kebangsaan, Encik HR McMaster,

© PressReader. All rights reserved.