Berita Harian : 2019-09-12

BERITA SETEMPAT : 6 : 6

BERITA SETEMPAT

Berita Harian | Khamis, 12 September 2019 6 Berita SETEMPAT EKONOMI SITI AISYAH NORDIN [email protected] “Dengan peningkata­n yang diumumkan, keluarga yang mempunyai pendapatan gabungan sehingga $14,000 boleh memohon flat BTO. Keluarga kali pertama dengan pendapatan gabungan sehingga $9,000 juga akan meraih manfaat daripada Geran Perumahan Dipertingk­at. Untuk itu, lebih ramai pembeli rumah kali pertama berpeluang menikmati pilihan perumahan yang lebih dimampui.” LEMBAGA Perumahan dan Pembanguna­n (HDB) telah melancarka­n 4,089 flat untuk dijual semalam, sehari selepas Menteri Pembanguna­n Negara, Encik Lawrence Wong mengumumka­n geran lebih tinggi dan had pendapatan yang dinaikkan untuk pembeli flat. Sebanyak 3,373 flat Bina Ikut Tempahan (BTO) di Punggol dan Tampines ditawarkan, dan ini termasuk flat fleksi dua bilik hingga flat lima bilik. Harga bermula dari $109,000 (tidak termasuk geran) untuk flat fleksi dua bilik di Punggol, dan dari $312,000 (tidak termasuk geran) untuk flat empat bilik di Tampines. Menurut kenyataan HDB, dengan Geran Perumahan CPF Dipertingk­at yang memberi keluarga kali pertama yang layak dengan pendapatan bulanan sehingga $9,000 geran sehingga $80,000, pembeli boleh membeli flat flexi dua bilik di Punggol semurah $29,000 selepas ditolak geran perumahan. Dalam posnya di Facebook berkaitan pelancaran tersebut, Encik Wong berkata: “Dengan peningkata­n yang diumumkan, keluarga yang mempunyai pendapatan gabungan sehingga $14,000 boleh memohon flat BTO. “Keluarga kali pertama dengan pendapatan gabungan sehingga $9,000 juga akan meraih manfaat daripada Geran Perumahan Dipertingk­at. “Untuk itu, lebih ramai pembeli rumah kali pertama berpeluang menikmati pilihan perumahan yang lebih dimampui,” katanya. – Menteri Pembanguna­n Negara, Encik Lawrence Wong. Selain itu, sebanyak 716 Jualan Baki Flat ditawarkan semula di beberapa kawasan termasuk estet matang dan tidak matang. Ini merupakan flat yang tidak dijual dari penjualan sebelum itu November lalu. Sekitar 12 peratus flat-flat itu selesai dibina, manakala yang lain masih dibina. Menurut HDB, mereka yang mempunyai keperluan perumahan yang lebih mendesak atau tidak begitu memilih dari segi ciri-ciri flat, mereka digalakkan memohon. Tempoh permohonan untuk flat-flat tersebut dibuka semalam dan akan berakhir pada 17 September. November akan datang, HDB akan menawarkan sekitar 4,500 flat BTO di Ang Mo Kio, Tampines dan Tengah. Lebih 3,000 flat BTO di kawasan Sembawang dan Toa Payoh akan ditawarkan Februari akan datang. Menyentuh tentang pelancaran flat-flat baru itu, jurucakap Huttons berkata: “Dua tapak BTO di Punggol dijangka lebih popular berbanding tapak di Tampines kerana ia berdekatan dengan MRT Punggol Coast yang bakal dibina dan berdekatan dengan kawasan tepi pantai di mana penduduk berpeluang menikmati pemandanga­n laut,” katanya. Namun, beliau menambah pemohon BTO tidak dijangka meningkat kerana geran baru dan had pendapatan yang lebih tinggi itu.Ini kerana pembeli perlukan masa untuk memproses maklumat dan memutuskan sama ada mereka ingin membeli rumah atau tidak dan mungkin ada pembeli yang menantikan pelancaran di Ang Mo Kio, Tampines dan Tengah. Ketua Pegawai Eksekutif PropNex Realty, Encik Ismail Gafoor pula berpendapa­t bahawa pelancaran flat September ini akan menerima banyak permohonan menyusuli pengumuman tentang geran-geran yang dipertingk­at. “Dengan had pendapatan yang telah dinaikkan kepada $9,000 untuk keluarga menerima geran, lebih ramai pembeli kini layak membeli BTO di estet matang dan juga tidak matang. “Kami menjangkak­an 649 unit yang ditawarkan di Tampines GreenGlen yang mempunyai lokasi strategik, akan menerima banyak permohonan, lapan kali lebih dari tempat yang ditawarkan kali ini,” ujarnya. Dengan Geran Perumahan CPF yang Dipertingk­at (EHG), keluarga dengan pendapatan gabungan $6,000 juga layak menerima geran $35,000, tambah Encik Ismail. Beliau turut menambah unit besar di kededua Punggol dan Tampines dijangka turut menyaksika­n pertambaha­n permohonan. “Selain itu, dengan geran sehingga $160,000 untuk membeli flat jualan semula, kami menjangkak­an pembeli rumah kali pertama akan mempertimb­ang untuk membeli flat jualan semula kerana mereka boleh mengambil kunci dalam masa beberapa bulan sahaja,” katanya. APA KATA PASANGAN MUDA TUKARAN ASING Mata wang Nilai Tukaran Mata wang Tukaran bagi $1 AS$ (S$ bagi AS$1) 1.379 RM Rupiah Baht Aust$ Yen Peso F Rupee Riyal S HK$ NZ$ Renminbi 3.028 10,193 22.18 1.055 78.10 37.80 51.98 2.718 5.682 1.129 5.158 Euro (S$ bagi 1 Euro) 1.521 Paun (S$ bagi 1 paun) 1.705 ZAKAT HARTA Kadar nisab: $5,900

© PressReader. All rights reserved.