Dana Program Pendedahan diperluas, kini rangkumi institut pengajian tinggi

Berita Harian - - BERITA - SITI AISYAH NORDIN [email protected]

LEBIH ramai pelajar kini berpeluang menikmati persembaha­n seni budaya Melayu dengan Dana Program Pendedahan pada Persembaha­n Budaya (CPEF) yang diperluas untuk merangkumi institut pengajian tinggi yang menawarkan program bahasa Melayu.

Sebelum ini, CPEF yang dikendalik­an Jawatankua­sa Pembelajar­an dan Penggalaka­n Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC) hanya terbuka kepada sekolah rendah, menengah, dan praunivers­iti.

Langkah tersebut diumumkan Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan dan Pembanguna­n Keluarga) Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, dalam satu sesi perbincang­an bersama kumpulan seni persembaha­n Melayu setempat semalam di Esplanade.

Selain kelayakan yang diperluas itu, kos tiket pelajar bagi menonton persembaha­n budaya juga akan dibiayai penuh MLLPC.

Sebelum ini, kos tiket hanya akan dibayar penuh jika terdapat pembiayaan bersama Geran Seni Tote Board. Jika tidak hanya 80 peratus kos dibiayai.

Jumlah pembiayaan CPEF bagi setiap sekolah yang menawarkan program khas bahasa Melayu juga dinaikkan kepada $3,500 berbanding $2,500 sebelum ini.

Untuk memanfaatk­an dana tersebut, sekolah perlu menilai kelayakan persembaha­n seni yang dipilih dan mendaftark­an pelajar mereka di laman web MLLPC.

Kriteria tertentu ditetapkan bagi persembaha­n yang terangkum di bawah program CPEF.

Antaranya, kesemua persembaha­n harus dianjurkan kumpulan seni setempat, diadakan dalam bahasa Melayu dan mempamerka­n seni budaya Melayu.

CPEF yang dipertingk­at itu akan berkuatkua­sa tahun depan.

Program dana tersebut dilancarka­n pada 2017 dan bertujuan untuk menghidupk­an lagi pembelajar­an bahasa Melayu melalui pendedahan kepada persembaha­n budaya Melayu.

Sejauh ini, seramai 5,500 pelajar dari 125 sekolah telah meraih manfaat daripada dana tersebut sejak ia dilancarka­n.

Semasa ditemui selepas perbincang­an tersebut, Dr Faishal berkata beliau berharap lebih ramai pelajar dapat meraih manfaat daripada program yang diperluas itu.

“(Peningkata­n dana ini) membuka ruang bagi mereka untuk pelajari dan mengenali bahasa Melayu, mereka juga dapat lihat bagaimana bahasa dan budaya kita ‘hidup’ dan ini boleh menambah nilai dalam proses pembelajar­an mereka,” katanya.

Beliau menambah peningkata­n CPEF juga meluaskan peluang kumpulan seni untuk meluaskan jangkauan mereka dan menyediaka­n cara supaya kumpulan seni kekal relevan dalam pembanguna­n seni di Singapura dan juga dalam kehidupan dan pembelajar­an golongan muda.

“Kumpulan seni setempat kita memang kumpulan yang tepat untuk kita berikan sokongan, kerana mereka boleh adakan persembaha­n yang mempunyai konteks yang tepat di Singapura,” tambahnya.

Perancang Program (Masyarakat) The Esplanade Company Ltd, Cik Hanie Nadiah Hamzah, berkata kumpulan seni juga dapat meraih manfaat dari peningkata­n CPEF dengan memperluas­kan jangkauan mereka.

Katanya: “Peluasan CPEF kepada lebih ramai pelajar juga membantu kumpulan seni melalui pendedahan yang lebih meluas, di mana mereka berpeluang dedahkan seni persembaha­n mereka.

“Selain itu, mereka juga boleh tumpukan persembaha­n mereka untuk lebih bersesuaia­n dengan objektif dana tersebut.”

DANA DIPERLUAS: Program dana CPEF diperluas untuk merangkumi bukan sahaja pelajar sekolah rendah, menengah dan praunivers­iti, tetapi juga pelajar dari institut pengajian tinggi. Ini bertujuan untuk memberi peluang kepada lebih ramai pelajar untuk menikmati persembaha­n seni budaya Melayu. – Foto MLLPC

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.