Muis jelaskan gambar penggalian kubur punca kekeliruan

Berita Harian - - BERITA -

MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) telah memberi penjelasan bahawa satu berita tular dalam talian, khususnya di Whatsapp, yang menunjukka­n peta serta plot kubur yang dikatakan terjejas dan bakal digali semula ekoran pengembang­an Pangkalan Udara Tengah, adalah tidak benar.

Dalam satu pos di Facebook rasmi Muis kelmarin, Muis berkata ia telah menerima banyak panggilan daripada orang ramai.

Kebanyakan mereka menanyakan tentang gambar yang diedarkan di Whatsapp.

“Ia tidak benar. Walaupun senarai blok dalam gambar itu memang terjejas oleh projek pengembang­an Pangkalan Udara Tengah, tarikh penggalian plot tersebut belum lagi diumumkan,’’ kata Muis.

Muis menyeru orang ramai agar melihat sumber sebenar sesuatu maklumat dan bukan sekadar membaca gambar tangkap layar yang boleh menyebabka­n kekeliruan.

Muis turut melampirka­n notis fasa keenam.

Notis itu mengumumka­n penggalian kubur dan pengkubura­n semula mayat di perkuburan Muslism di Choa Chua Kang, dalam pos itu.

Dalam notis tersebut telah dinyatakan bahawa kubur di Blok 6, 8, 9, 19 & 20 akan digali semula bermula 26 September 2018.

Beberapa kubur di Blok 7 turut terjejas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.