Obama, isteri bakal beri ceramah di S’pura

Berita Harian - - BERITA -

MANTAN Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, dan isterinya, Cik Michelle Obama, akan mengunjung­i Singapura Disember ini untuk menyampaik­an dua ceramah awam secara berasingan.

Encik Obama dijadual bercakap pada 16 Disember di Singapore Expo.

Beliau dijangka berkongsi tentang pengalaman­nya semasa menyandang jawatan presiden dan memberi pandangan tentang kepimpinan Amerika pada masa ini.

Cik Obama pula akan berucap di tempat yang sama dua hari lebih awal, pada 14 Disember, dengan beliau bakal berkongsi pengalaman­nya yang turut dimuatkan dalam buku memoir berjudul Becoming, yang diterbitka­n tahun lalu.

Kededua acara itu dianjurkan The Growth Faculty, yang mengumumka­n tentang acara itu semalam.

Pihak penganjur berkata ini adalah kali pertama Encik Obama menghadiri acara perniagaan awam di Singapura dan kededua acara itu merupakan peluang bagi masyarakat perniagaan di Asia Tenggara dan pihak awam untuk untuk belajar daripada pasangan Obama itu.

Menurut kenyataan The Growth Faculty menerusi lamannya, tiket bagi mengikuti ceramah Encik Obama dan isterinya, berjudul In Conversati­on with President Barack Obama; dan An Evening with Michelle Obama, masing-masing dijual dengan harga $345 bagi pihak bukan anggota.

Pasangan Obama, yang telah mendirikan rumah tangga selama 27 tahun itu terkenal di Singapura.

Julai lalu, mereka dipilih sebagai lelaki dan wanita paling dikagumi dalam satu tinjauan rambang YouGov, kali kedua berturut-turut mereka dipilih.

Tahun lalu, Encik Obama, yang berkhidmat sebagai presiden ke-44 Amerika – dari 2009 hingga 2017 – singgah ke Singapura dan menghadiri jamuan bersama Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

CIK MICHELLE OBAMA

ENCIK BARACK OBAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.