Presiden Halimah, Presiden Jokowi alu-alukan usaha perkukuh hubungan

Berita Harian - - BERITA SETEMPAT -

PRESIDEN Halimah Yacob dan Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo (lebih dikenali sebagai Jokowi), sama-sama mengesahka­n hubungan lama dan baik antara Singapura dengan Indonesia dalam satu pertemuan di Universiti Sains Kemasyarak­atan Singapura (SUSS) semalam.

“Presiden Halimah dan Presiden Joko Widodo juga mengalu-alukan usaha oleh kedua-dua pemerintah bagi memperkuku­h hubungan dalam semua sektor, termasuk perdaganga­n dan pelaburan, pembanguna­n sumber manusia, pelanconga­n, pendidikan dan budaya,” kata Kementeria­n Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan.

MFA menambah bahawa Encik Jokowi turut mengalu-alukan lawatan Puan Halimah ke Indonesia tahun depan.

Puan Halimah berada di SUSS semalam bagi mempengeru­sikan majlis konvokesye­n universiti itu selaku penaung.

Encik Jokowi pula menghadiri majlis penyampaia­n ijazah sarjana muda bagi anak lelaki bongsunya, Encik Kaesang Pangarep.

Encik Jokowi berada di Singapura selama dua hari sempena Rahat Pemimpin Singapura-Indonesia keempat dengan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.

Semasa pertemuan mereka kelmarin, kedua-dua pemimpin itu melahirkan rasa puas hati dengan hubungan ekonomi dua hala yang berkembang dalam bidang dagangan dan pelaburan.

Mereka juga bersetuju hubungan kerja yang baik antara dua negara itu membolehka­n Singapura dan Indonesia membincang­kan isu tertunggak dengan cara terbuka dan membina.

PERTEMUAN DUA PEMIMPIN: Presiden Halimah Yacob dan Presiden Indonesia Joko Widodo mengesahka­n hubungan baik antara Singapura dengan Indonesia semasa satu pertemuan di Universiti Sains Kemasyarak­atan Singapura (SUSS) semalam. – Foto MCI

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.