Ekon S’pura paling kompetitif di dunia: WEF

Ia sekali gus kalahkan Amerika untuk ambil tempat pertama daripada 141 ekon lain dunia

Berita Harian - - BERITA -

“Ia merupakan berita yang baik kerana ia menggambar­kan bagaimana kukuh asas kita yang terus membezakan kita daripada pesaing. Namun, sebagai sebuah negara yang kecil dan terbuka, kita tidak mampu mengambil sikap sambil lewa. Kita harus teruskan usaha kolektif untuk berada di hadapan dalam keadaan ekonomi tidak menentu ketika ini. Apabila berhadapan dengan cabaran, kita harus menanganin­ya dan berusaha menjadikan cabaran itu sebagai satu peluang.’”

SINGAPURA merupakan ekonomi paling berdaya saing di dunia, mengalahka­n Amerika Syarikat, menurut Laporan Daya Saing Sedunia yang dikeluarka­n Forum Ekonomi Sedunia (WEF).

Penilaian itu mencermink­an asas Singapura yang kukuh yang membezakan negara ini dari persaingan, menurut Menteri Perdaganga­n dan Perusahaan, Encik Chan Chun Sing mengulas penilaian itu dalam posnya di Facebook semalam.

Negara ini mendapat 84.8 daripada 100 markah untuk mengambil tempat pertama daripada 141 ekonomi lain di dunia.

Amerika, yang menduduki tangga pertama tahun lalu, mendapat 83.7 mata.

Negara ini mendapat tempat pertama bagi prasarana yang merupakan salah satu dari 12 penilaian yang digunakan.

Singapura juga mendapat nombor satu bagi dua indeks lain iaitu kadar jangka hayat sihat bagi warganya dan pasaran buruh, menurut laporan itu.

Ia juga mendapat markah tinggi bagi sistem kewangan, keberkesan­an pasaran dan kestabilan makroekono­mi.

Malah, faktor lain juga membantu seperti ekonomi negara ini yang terbuka, hubungan pasaran buruh dan majikan, kepelbagai­an pasaran buruh dan perlindung­an hak milik intelektua­l.

“Ia merupakan berita yang baik kerana ia menggambar­kan bagaimana kukuh asas kita yang terus membezakan kita daripada pesaing.

“Namun, sebagai sebuah negara yang kecil dan terbuka, kita tidak mampu mengambil sikap sambil lewa. Kita harus teruskan usaha kolektif untuk berada di hadapan dalam keadaan ekonomi tidak menentu ketika ini. Apabila berhadapan dengan cabaran, kita harus menanganin­ya dan berusaha menjadikan cabaran itu sebagai satu peluang,’’ jelasnya.

Menurut WEF, Singapura mendapat penilaian kedua bagi mutu institusi awam, di belakang Finland.

Laporan itu menambah negara ini perlu mempromosi­kan keusahawan­an dan membaiki pangkalan kemahiran untuk menjadi hab inovasi sejagat.

Di sebalik prestasi lebih lemah tahun ini, WEF menyatakan Amerika

– Menteri Perdaganga­n dan Perusahaan, Encik Chan Chun Sing.

masih menjadi kuasa besar dalam bidang inovasi. Ia masih menduduki tangga pertama dari segi dinamik perniagaan dan menjadi lokasi bagi salah sebuah sistem kewangan paling dinamik di dunia.

Sementara itu, Hongkong menaiki empat tangga untuk menduduki tempat ketiga.

Ia mendapat tempat pertama dalam kestabilan makroekono­mi, kesihatan, sistem kewangan dan pasaran produk.

Belanda dan Switzerlan­d masing-masing menduduki tangga keempat dan kelima.

Laporan Daya Saing Sedunia dilancarka­n pada 1979 bagi memberi penilaian tahunan mengenai pendorong daya saing dan pertumbuha­n ekonomi jangka panjang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.