Harga sewa kondo, flat HDB turun bulan lalu: SRX

Berita Harian - - BERITA -

KADAR sewa bagi rumah privet tidak berhalaman dan flat Lembaga Perumahan dan Pembanguna­n (HDB) menurun bulan lalu berbanding bulan sebelumnya, menurut perangkaan awal SRX.

Jumlah rumah privet tidak berhalaman termasuk kondominiu­m yang disewa juga susut tetapi jumlah flat disewa meningkat.

Perangkaan menunjukka­n harga sewa keseluruha­n bagi rumah privet tidak berhalaman turun 0.4 peratus pada Ogos.

Namun ia meningkat sebanyak 3.2 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

SRX berkata harga sewa rumah privet tidak berhalaman mencapai paras tertinggi pada Ogos selepas mencatatka­n kenaikan sederhana sejak Oktober 2018.

Di antara tiga segmen pasaran, harga sewa bagi kondominiu­m privet di kawasan bandar utama (CCR) menyaksika­n penurunan paling mendadak, 1.1 peratus berbanding bulan sebelumnya.

Manakala harga sewa di baki kawasan bandar (RCR) susut 0.2 peratus dan harga sewa di luar kawasan pusat bandar (OCR), turun 0.1 peratus.

Berbanding tempoh sama tahun lalu, harga sewa kondominiu­m di semua daerah meningkat – sewa di CCR tumbuh 4 peratus manakala harga sewa di RCR dan OCR masing-masing berkembang 2.8 peratus dan 2.9 peratus.

Sementara itu, bagi pasaran perumahan awam pula, kadar sewa flat HDB mengecut 0.3 peratus bulan lalu berbanding Ogos.

Menurut perangkaan, harga sewa bagi flat lima bilik dan eksekutif masing-masing naik 0.1 peratus dan 0.2 peratus, sementara harga sewa flat tiga bilik dan empat bilik masing-masing susut 1.1 peratus dan 0.3 peratus.

Berbanding tempoh sama tahun lalu, sewa flat HDB tumbuh 1.1 peratus, dengan semua jenis flat kecuali flat eksekutif, mencatatka­n kenaikan.

Di estet matang, harga sewa flat naik 1.3 peratus sementara di estet tidak matang, tumbuh 0.8 peratus bulan berbanding tempoh sama tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.