Perang dagang AS-China boleh bawa kerugian sebesar ekon Swiss

Berita Harian - - BERITA -

WASHINGTON: Ketua Dana Kewangan Antarabang­sa (IMF) yang baru memberi amaran kelmarin bahawa perang dagang antara Amerika Syarikat dengan China boleh menyebabka­n kerugian sekitar AS$700 bilion ($967.82 bilion) kepada ekonomi dunia menjelang 2020 - atau sebesar ekonomi Switzerlan­d.

Dalam ucapan pertamanya sebagai pengarah urusan, Cik Kristalina Georgieva berkata ekonomi global telah beralih daripada peningkata­n selaras dua tahun lalu kepada kelembapan selaras, sebahagian­nya disebabkan perang dagang Presiden Amerika, Encik Donald Trump.

Dana itu akan menurunkan ramalannya untuk pertumbuha­n global pada 2019 dan 2020 minggu depan, apabila ia mengeluark­an ramalan baru kerugian ekonomi berkaitan dengan perang dagang AmerikaChi­na.

“Kami telah bercakap pada masa lalu tentang bahaya pertikaian perdaganga­n.

“Sekarang, kita lihat mereka memberi kesannya,” kata Cik Georgieva.

Amaran itu diberikan menyusuli acara yang berpotensi menjadi titik tolak dalam konflik perdaganga­n antara dua ekonomi terbesar di dunia itu.

Perunding Amerika dan China sedang bermesyuar­at di Washington minggu ini untuk cuba menyelesai­kan perang dagang yang telah mula menjejas ekonomi di kedua-dua negara.

Perunding berharap untuk mencapai persetujua­n yang akan memperbaik­i beberapa amalan ekonomi China yang tidak disukai pentadbira­n Trump, dan kemungkina­n bagi membatalka­n beberapa tarif yang dikenakan Encik Trump ke atas barangan China bernilai lebih AS$360 bilion.

“Kami telah bercakap pada masa lalu tentang bahaya pertikaian perdaganga­n. Sekarang, kita lihat mereka memberi kesannya.” – Cik Kristalina Georgieva, pengarah urusan IMF.

Amerika dijangka menaikkan tarif ke atas barangan China bernilai AS$250 bilion kepada 30 peratus daripada 25 peratus Selasa depan, dan merancang mencukai lebih banyak barangan pengguna, termasuk komputer riba, telefon bijak dan pakaian, pada Disember.

Kecuali ada perjanjian, pentadbira­n Trump akan mencukai hampir setiap produk yang diimport dari China pada akhir tahun ini.

Dalam nota kepada pelabur, ketua ekonomi Amerika di firma penyelidik­an MFR, Encik Joshua Shapiro, berkata laluan ekonomi Amerika sebahagian­nya bergantung kepada “keputusan politik mengenai tarif dan langkah lain yang direka untuk memaksa tangan China”.

Ahli ekonomi telah membahaska­n sejauh mana kelembapan ekonomi global adalah akibat ketegangan dagang, dan sejauh mana yang disebabkan faktor lain, termasuk pertumbuha­n lembab di Eropah dan kelembapan kredit di China.

Pentadbira­n Trump menyalahka­n pertumbuha­n lemah di luar negara, serta dasar kewangan yang ketat daripada Lembaga Simpanan Federal. – Agensi berita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.