Utusan Malaysia, Kosmo! gagal diselamatk­an

Berita Harian - - BERITA DUNIA -

PETALING JAYA: Kakitangan Kumpulan Utusan diarah mengemas barang-barang mereka dan meninggalk­an pejabat sebelum 1 petang semalam sedang syarikat yang kesempitan wang itu secara rasmi menghentik­an operasi bagi kedua-dua akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo!.

Pengerusi Eksekutif Abd Aziz Sheikh Fadzir berkata aliran tunai yang lemah, hutang yang semakin meningkat dan penurunan jualan membawa kepada Lembaga Pengarah Utusan Isnin lalu meluluskan cadangan Penggulung­an Sukarela Pemiutang dan melantik Penasihat UHY (KL) sebagai pembubar sementara.

“Langkah ini terpaksa diambil kerana Lembaga Pengarah berpendapa­t bahawa syarikat tidak lagi solven untuk meneruskan perniagaan.

“Oleh yang demikian, syarikat akan berhenti beroperasi berkuat kuasa pada Rabu, 9 Oktober 2019,” kata Datuk Abd Aziz dalam satu kenyataan.

“Sehubungan dengan itu, tarikh akhir bekerja telah ditetapkan pada Rabu, 9 Oktober 2019 manakala tarikh akhir perkhidmat­an ialah pada Khamis, 31 Oktober 2019,” tulis kenyataan itu lagi.

Utusan menerbitka­n Utusan Malaysia, antara surat khabar bahasa Melayu tertua di negara itu.

Ia juga menerbitka­n tabloid Kosmo!. Datuk Abd Aziz berkata sejak beberapa tahun lalu, Utusan Melayu telah melalui tempoh perniagaan paling kritikal sejak ia mula beroperasi 80 tahun lalu.

Keadaan itu bertambah teruk selepas Mei 2018, katanya, sambil menambah bahawa banyak usaha dibuat untuk meletakkan syarikat itu dalam kedudukan yang lebih stabil tetapi tidak berjaya.

Antara langkah yang diambil ialah menawarkan Skim Pemisahan Sukarela (VSS), yang menyaksika­n lebih daripada 700 pekerja dilepaskan, katanya.

“Syarikat telah berusaha dengan menjual aset-aset syarikat dan kumpulan untuk menampung modal dan mendapatka­n aliran tunai yang mencukupi.

“Namun edaran harian akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! yang semakin menurun dan sasaran RM4 juta ($1.32 juta) iklan sebulan yang gagal dicapai menyebabka­n aliran tunai Utusan semakin tenat,” katanya.

Ini bukan sahaja menyebabka­n gaji pekerja tertangguh tetapi juga menimbulka­n hutang yang tidak dijelaskan dan semakin tertunggak, katanya, sambil menambah bahawa syarikat kini menghadapi pelbagai tindakan undang-undang oleh pemiutang.

Pekerja diberitahu bahawa kelayakan mereka untuk faedah penamatan tertakluk kepada peruntukan undang-undang dan ini akan ditangani oleh pembubar.

Pembubar (liquidator) akan mengadakan taklimat untuk semua pekerja pada 30 Oktober jam 3 petang di premis syarikat, kata Datuk Abd Aziz.

“Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukaka­n ketika sesi taklimat ini berlangsun­g,” katanya.

Utusan Malaysia pertama kali diterbitka­n sebagai Utusan Melayu dalam tulisan jawi pada 1939 di Singapura.

Ia diasaskan oleh Allahyarha­m Yusof Ishak, yang kemudianny­a menjadi presiden pertama Singapura, dan Abdul Rahim Kajai, yang dikenali sebagai bapa kewartawan­an Melayu.

Pejabatnya dipindahka­n ke Kuala Lumpur pada 1959.

Utusan Melayu dalam versi rumi, Utusan Malaysia, mula dicetak pada 1 September 1967. – The Star.

HARI TERAKHIR: Kakitangan Utusan Malaysia tidak dapat menahan sebak apabila dimaklumka­n tentang pemberhent­ian operasi akhbar itu. (Gambar bawah) Senaskhah Utusan Malaysia yang memaparkan misinya sebagai ‘Suara Orang Melayu’ antara yang tinggal di ibu pejabat akhbar itu di Kuala Lumpur. – Foto-foto REUTERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.