SEKILAS

Berita Harian - - BERITA DUNIA -

Brexit: Boris Johnson terima tentangan baru dari Kabinet LONDON: Perdana Menteri Britain, Encik Boris Johnson, menghadapi pemberonta­kan baru daripada Kabinetnya atas keprihatin­an terhadap Brexit tanpa perjanjian, dengan sekumpulan lima menteri Kabinet berada dalam “senarai amatan peletakan jawatan”, lapor akhbar The Times semalam.

Setiausaha Kebudayaan, Cik Nicky Morgan; Menteri Britain bagi Ireland Utara, Encik Julian Smith; Setiausaha Keadilan, Encik Robert Buckland; Menteri Kesihatan, Encik Matt Hancock; dan Peguam Negara, Encik Geoffrey Cox; berada dalam senarai amatan itu, menurut laporan tersebut.

Seorang menteri Kabinet yang tidak dinamakan yang ditukil oleh akhbar itu berkata “sejumlah besar” Anggota Parlimen Konservati­f akan berhenti jika ia berakhir dengan Brexit tanpa perjanjian.

The Times berkata menteri-menteri itu telah memberi amaran kepada Encik Johnson dalam satu mesyuarat Kabinet mengenai risiko “berat” pengembali­an pemerintah­an langsung di Ireland Utara dan menimbulka­n keprihatin­an mengenai Encik Dominic Cummings, penasihat paling kanan Encik Johnson.

“Kabinet akan menetapkan strategi, bukan pegawai yang tidak dipilih. Jika ini adalah percubaan untuk melakukan itu maka ia akan gagal,” kata laporan itu menukil seorang lagi menteri Kabinet. – Reuters.

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.