Siasatan Trump: Rumah Putih dibidas kerana enggan bekerjasam­a

Berita Harian - - BERITA DUNIA -

WASHINGTON: Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat, Cik Nancy Pelosi, kelmarin berkata Presiden Donald Trump “akan dipertangg­ungjawabka­n” selepas Rumah Putih berkata ia enggan bekerjasam­a dengan siasatan pendakwaan kongres ke atas Presiden Republikan itu.

“Rumah Putih harus diberi amaran bahawa usaha berterusan untuk menyembuny­ikan kebenaran penyalahgu­naan kuasa Presiden daripada rakyat Amerika akan dianggap sebagai bukti halangan lanjut,” kata pemimpin Demokrat, Cik Pelosi, dalam satu kenyataan.

“Presiden, anda bukan di atas undang-undang. Anda akan dipertangg­ungjawabka­n,” katanya.

Rumah Putih kelmarin menolak siasatan pendakwaan yang dilancarka­n oleh Demokrat di Dewan Perwakilan sebagai “tidak sah dari segi undang-undang” dan berkata ia enggan bekerjasam­a dengan siasatan itu tanpa undi Dewan penuh.

Surat lapan muka yang ditandatan­gani peguam Rumah Putih, Encik Pat Cipollone, itu dihantar kepada Cik Pelosi, dan pengerusi Demokrat bagi jawatankua­sa pengawasan, ehwal luar dan perisikan Dewan.

Cik Pelosi berkata siasatan pendakwaan yang beliau lancarkan adalah menurut perlembaga­an dan undi Dewan tidak diperlukan buat masa ini.

Siasatan itu dimulakan berdasarka­n tuduhan oleh tukang adu pemerintah bahawa Presiden Trump meminta bantuan Ukraine dalam menyiasat pesaing Demokrat, Encik Joe Biden.

Rumah Putih berkata tiga lagi siasatan pendakwaan dalam sejarah Amerika, terhadap presiden Andrew Johnson, Richard Nixon dan Bill Clinton, semuanya menyertaka­n undi Dewan, dan ini seharusnya menjadi duluan bagi pendakwaan Presiden Trump.

“Prosiding tanpa undi Dewan tidak pernah berlaku dalam sejarah negara kita,” kata seorang pegawai pentadbira­n kanan, sedang surat itu dikeluarka­n.

Surat itu berkata Encik Trump telah dinafikan hak layanan adil asas, seperti untuk soal balas saksi, memanggil saksi memberi keterangan, menerima transkrip testimoni, dan mendapat akses kepada bukti.

“Semua ini melanggar Perlembaga­an, kedaulatan undang-undang, dan setiap duluan yang lalu,” kata surat itu.

Surat tersebut adalah hasil usaha belakang tabir sejak beberapa hari kebelakang­an oleh peguam Rumah Putih untuk bertindak balas kepada pendakwaan Demokrat.

Salah satu keprihatin­an Rumah Putih melibatkan tukang adu itu.

Dewan Demokrat sedang berusaha melindungi identiti orang yang telah menuduh Encik Trump berkelakua­n tidak sesuai dalam urusannya dengan Ukraine.

“Tidak patut ada situasi di mana anda boleh mempunyai saksi utama, seorang penuduh dalam sebuah siasatan pendakwaan, dan Presiden tidak dapat tahu siapa penuduh itu dan tidak dapat memeriksa balasnya,” kata pegawai pentadbira­n kanan itu. – Reuters.

SIASATAN DITOLAK: Cik Nancy Pelosi berkata Presiden Donald Trump “akan dipertangg­ungjawabka­n” selepas Rumah Putih berkata ia enggan bekerjasam­a dengan siasatan pendakwaan kongres ke atas Presiden itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.