Aktivis prodemokra­si HK rayu hukuman penjara

Berita Harian - - BERITA DUNIA -

HONG KONG: Seorang aktivis prodemokra­si Hong Kong yang dipenjara selama enam tahun kerana merusuh pada 2016 muncul di mahkamah semalam untuk merayu terhadap hukumannya, sedang protes antipemeri­ntah tidak menunjukka­n tanda akan reda meski ada undang-undang darurat baru dan penangkapa­n meluas.

Edward Leung, 27 tahun, salah seorang pemimpin gerakan yang menyokong kemerdekaa­n dari China, dan dua aktivis lain menerima hukuman paling keras yang dikenakan ke atas pemimpin prodemokra­si sejak bandar itu kembali ke pemerintah­an China pada 1997.

Ratusan penyokong Leung berkumpul di luar Mahkamah Tinggi bandar itu dan memenuhi bilik mahkamahny­a semalam, dengan ramai memakai pelitup hitam sebagai menentang larangan pelitup muka yang digunakan pihak berkuasa Jumaat lalu di bawah undang-undang darurat zaman penjajah.

Perbicaraa­n mahkamah Leung boleh menjadi titik meledak terkini bagi penunjuk perasaan antipemeri­ntah yang telah mengadakan protes selama empat bulan terhadap pentadbira­n pemimpin Cik Carrie Lam. – Reuters.

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.