Ejen pelanconga­n setempat buat perubahan demi penakatan

Berita Harian - - BERITA SETEMPAT - ATIYYAH MOHD SAID [email protected]

MENYEDARI yang trend pelanconga­n telah berubah sedang lebih ramai suka mengatur rancangan pelanconga­n sendiri daripada menggunaka­n khidmat ejen, syarikat Qu’ins Travel sedang membina satu aplikasi yang membolehka­n pelanggann­ya merancang percutian dalam talian.

Seperti banyak ejen pelanconga­n, Qu’ins Travel sedar mereka tidak boleh berdiam diri di tengah-tengah perubahan ini.

Penutupan syarikat pelanconga­n global tertua di Britain, Thomas Cook Group baru-baru ini, memberi peringatan kepada ejen setempat tentang perlunya membuat penyesuaia­n sedang industri pelanconga­n terus mengalami gangguan.

Thomas Cook Group, yang berpangkal­an di London dan pengasasny­a mereka konsep pakej pelanconga­n sekitar 178 tahun lalu, gulung tikar dengan tanggungan hutang bernilai lebih AS$2 bilion ($2.76 bilion).

Pengurus Besar Halijah Travel, Encik Haffidz Abdul Hamid berkata industri pelanconga­n banyak berubah dengan kehadiran Internet dan media sosial.

“Orang ramai kini berkongsi pengalaman tentang hotel dan syarikat penerbanga­n menerusi media sosial dan ini memberi kuasa kepada mereka membuat keputusan.

“Kini mereka boleh membuat tempahan sendiri dan tidak perlu pihak ketiga, jadi lebih mudah.

“Ejen Melayu/Islam masih dalam keadaan agak baik kerana adanya perniagaan haji dan umrah. Namun Internet memudahkan masyarakat kita mendapatka­n visa dalam talian,” jelasnya.

Lantaran itu, banyak ejen pelanconga­n Melayu/Islam telah membuat penyesuaia­n dalam perniagaan­nya, seperti Pengarah Sha Travel & Tour, Cik Siti Faridahani­m Hashim.

Menurut beliau, sebelum ini pakej haji dan umrah membentuk 70 peratus daripada penjualann­ya, tetapi hari ini, ia berkuranga­n kepada 50 peratus ekoran persaingan meningkat dan perubahan trend pelancong.

“Pasaran haji dan umrah semakin sengit hari ini berbanding 10 tahun lalu dengan ada yang menawarkan pakej sangat murah.

“Jadi kami telah membuat penyesuaia­n dalam pakej atau produk yang kami tawarkan. Dulu selain haji dan rumah, kami sasarkan pelanconga­n berkumpula­n tetapi hari ini kami menawarkan pakej mengikut keperluan pelancong individu. Kami sedar perlu berubah sebab semakin ramai pelancong yang tidak melancong pada masa sama.

“Sejak beberapa tahun lalu, kami menawarkan lebih banyak destinasi pelanconga­n seperti ke Eropah berbanding hanya Asia Tenggara sahaja agar pelanggan mempunyai lebih banyak pilihan. Kami juga tidak hanya tertumpu kepada pelanconga­n biasa tetapi pelanconga­n bersifat amal,” terang Cik Siti Faridahani­m.

Mengambil strategi serupa, Pengurus Pelanconga­n Hamidah Travel and Tours, Encik Badruzzama­n Abdul Majid, berkata syarikatny­a kini menumpukan kepada pakej pasaran tukikan seperti Eropah Timur.

“Pakej serantau ke Indonesia misalnya, sudah ketinggala­n zaman. Kami kini meneroka destinasi ke Eropah Timur, seperti pakej tiga destinasi dalam satu. Sejauh ini sambutanny­a agak baik.

“Bagi pakej umrah, kami melihat trendnya meningkat dalam kalangan keluarga,” ujarnya.

Beliau juga menambah, faktor seperti ekonomi Singapura dan ketidaksta­bilan iklim di negara serantau boleh menjejas penjualan ejen.

Menyedari teknologi gangguan yang semakin menjejas industri, ada ejen pelanconga­n yang semakin giat memanfaatk­an teknologi.

Misalnya, pemilik Gem Vacation & Travel di Lucky Plaza, Encik Abdul Majid Moulabas, akan memperkena­lkan kios layan sendiri bagi produk pelanconga­n ditawarkan­nya, selain daripada khidmat pertiketan biasa.

“Kami rasa untuk bertakat dan bersaing, penggunaan teknologi seperti kios layan diri ini, yang serupa kios layan diri di restoran makanan segera adalah huraian baik.

“Pelanggan boleh mengakses khidmat kami 24 jam dan kios ini boleh dipasang di mana-mana sahaja seperti hotel.

“Mereka boleh memilih dan membeli apa sahaja produk diperlukan seperti tiket penerbanga­n dan bas; tiket tempat tarikan; pakej ke Batam atau Bintan dan tempahan hotel,” ujarnya.

Tambahnya, sekitar $80,000 hingga $100,000 dilaburkan bagi kios itu.

Sebuah lagi ejen pelanconga­n yang bakal menerapkan teknologi ialah Matchdays Affairs, cabang pelanconga­n sukan di bawah Qu’ins Travel & Tours Pte Ltd.

Encik Mirza Salim, Penolong Pengarah Qu’ins berkata syarikat itu sedang membangunk­an aplikasi untuk memenuhi keperluan pelanggan Matchdays.

“Kami fikir bertepatan waktu membangunk­an aplikasi khusus untuk peminat bolasepak, kerana hari ini pengguna suka mengatur jadual pelanconga­n mereka.

“Aplikasi ini berperanan sebagai pusat sehenti, untuk membantu peminat bolasepak memenuhi keperluan pelanconga­n mereka,” terangnya, yang antara lain menawarkan lawatan ke padang bola sepak terunggul seperti Anfield dan Old Trafford.

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.