Rancang pelanconga­n sendiri

Berita Harian - - BERITA SETEMPAT - HAZIRAH NURFITRAH HANIFAR [email protected]

SEORANG yang memang suka menjelajah­i dunia, Cik Khalishah Abu Bakar, 25 tahun, merancang kebanyakan pelanconga­nnya sendiri.

Tanpa mendapatka­n khidmat ejen pelanconga­n, Cik Khalishah, seorang saintis data, telah pergi ke negara seperti Jerman, New Zealand, India dan banyak lagi.

“Satu perkara yang memang saya suka tentang melancong tanpa ejen pelanconga­n adalah saya boleh urus masa sendiri dan tidak terbatas kepada tempat yang hanya terkenal kepada pelancong biasa,” kata Cik Khalishah.

Cik Khalishah melancong tanpa perkhidmat­an ejen buat pertama kali apabila beliau hanya berusia 17 tahun pada tahun 2011 ke Jerman.

Beliau berkata pengalaman ini amat berbeza daripada apa beliau jangkakan, dan ia sesuatu yang membebaska­n fikiran beliau.

Bagi Cik Khalishah, pelanconga­n adalah satu peluang untuk keluar dari zon keselesaan dan mencuba perkara baru.

Dengan merancang pelanconga­n sendiri, beliau dapat memastikan matlamat beliau ini boleh dipenuhi.

“Bila saya ke India, saya duduk di tempat yang tidak ada sumber seperti air dan elektrik dan ia satu pengalaman yang mengajar saya untuk bersyukur dengan apa yang saya ada di Singapura.

“Saya tidak menyesal membuat keputusan untuk merancang sendiri pelanconga­n itu kerana walaupun ejen pelanconga­n mungkin boleh memudahkan pengalaman saya, ia tidak semestinya membaiki pengalaman saya,” kata beliau.

Meskipun itu, beliau mengakui bahawa ada juga cabaran yang dihadapi dalam melancong tanpa ejen pelanconga­n.

Beliau berasa pemandu pelancong selalunya lebih mengenali tempat itu berbanding pelancong yang datang ke mari.

“Oleh itu, mereka lebih memahami budaya dan etika yang dipatuhi oleh orang tempatan di negara itu.

Menghormat­i budaya amatlah penting bagi saya apabila kita menziarahi negara orang lain, dan kerana pemandu pelancong ini lebih memahami budaya negara itu daripada kita, mereka boleh mengajar kami tentang etika yang kami patut mematuhi semasa melancong,” kata beliau.

Namun itu, merancang pelanconga­n sendiri tetap akan jadi pilihannya kerana beliau memang seorang yang suka merancang.

Apabila melancong bersama keluarga dan kawan, tanggungja­wab untuk merancang pelanconga­n mereka akan jatuh padanya.

“Pastinya, saya lebih suka berteman apabila saya melancong, dan sekalipun saya pergi sendiri, saya akan buat kawan, contohnya di asrama,” kongsi beliau.

Bagi sesiapa yang juga ingin cuba merancang pelanconga­n sendiri, nasihat Cik Khalishah kepada mereka adalah untuk berani mengharung­i cabaran.

Kata beliau: “Jangan jadikan Singapura sebagai tanda aras pengalaman di negara lain.

“Bebaskan minda anda dari fikiran yang anda perlukan ejen pelanconga­n dan luaskannya kepada pengalaman baru.”

ATUR SENDIRI: Cik Khalishah Abu Bakar merancang kebanyakan pelanconga­nnya sendiri. Antara negara yang dilawati adalah Jerman, New Zealand dan India. – Foto ihsan KHALISHAH ABU BAKAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.