Beli insurans perjalanan semasa bercuti

Berita Harian - - BERITA SETEMPAT -

APAKAH yang akan anda lakukan sekiranya syarikat penerbanga­n atau agensi pelanconga­n yang anda langgani muflis atau tutup secara mendadak sebaik sahaja anda hendak berangkat pulang dari percutian di luar negara, tanpa adanya duit tambang tambahan mahupun tempat untuk berehat?

Adakah anda akan cari jalan alternatif untuk pulang, tidur di lapangan terbang atau nantikan bantuan daripada badan-badan tertentu?

Menurut perunding cara kanan firma penasihat kewangan Financial Alliance, Encik Khairuddin Sukor, langkah pertama yang akan menyelamat­kan anda daripada kerumitan sedemikian adalah dengan membeli insurans pelanconga­n.

Terdapat firma insurans yang dapat membayar balik deposit perjalanan yang dibayar terlebih dahulu sekiranya agensi pelanconga­n diisytihar­kan bankrap.

Ada insurans yang membayar kos pra-bayar untuk pembatalan perjalanan.

Atas sebab ini, Encik Khairuddin menegaskan setiap pelanggan sewajarnya meneliti terma dan syarat bagi polisi-polisi yang sedia ada untuk memastikan kebajikan anda terjamin.

Beliau juga menambah penggunaan kad kredit boleh menyelamat­kan pelancong daripada membayar barangan atau khidmat yang tidak dapat mereka peroleh.

Dalam senario seperti syarikat agensi pelanconga­n Britain, Thomas Cook yang ‘tutup kedai’, pelancong yang membuat bayaran melalui kad kredit boleh menghubung­i talian bank untuk mendapatka­n semula duit mereka sekiranya syarikat berikut menamatkan perniagaan, menurut laman Persatuan Bank Singapura (ABS).

Pelancong juga akan dilindungi dari segi kewangan di bawah Penguasa Pengangkut­an Udara Antarabang­sa (Iata) sekiranya syarikat penerbanga­n yang mereka gunakan adalah di bawah naungan Tempoh Pelunasan Bank (BSP).

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.