Langgar undang-undang antitopeng: Polis HK tahan 77 orang

Jurucakap polis: Lebih 200 kedai dan kemudahan awam dirosakkan dalam rusuhan, polis lepaskan 367 pusingan gas pemedih mata

Berita Harian - - RENCANA -

HONG KONG: Polis wilayah ini berkata, 77 orang ditahan kerana melanggar undang-undang antitopeng muka yang digubal hujung minggu lalu mengikut perintah darurat dilaksanak­an pemimpin bandar bagi membendung bantahan jalanan anti-kerajaan yang bertukar ganas.

Sejak Jumaat lalu, lebih 200 kedai dan kemudahan awam dirosakkan dalam rusuhan dan polis melepaskan 367 pusingan gas pemedih mata, kata jurucakap polis.

Pemimpin Hong Kong mengumumka­n bahawa pengharama­n penunjuk perasaan memakai topeng muka menggunaka­n kuasa darurat era kolonial bagi menamatkan demonstras­i kekerasan yang dilakukan berbulan lamanya.

Penunjuk perasaan prodemokra­si yang ditahan kerana enggan mematuhi larangan memakai topeng muka susulan rusuhan ganas hujung minggu lalu yang menyaksika­n pertembung­an berdarah dengan polis dan vandalisme meluas, melumpuhka­n rangkaian kereta api wilayah ditadbir China itu.

Terdahulu , seorang mahasiswa lelaki dan wanita berusia 38 tahun antara dua individu pertama didakwa memakai topeng ketika penyokong memenuhi mahkamah, ramai memakai penutup muka.

Kedua-duanya didakwa kerana berhimpun secara haram, membawa hukuman penjara tiga tahun dan dengan larangan pemakaian topeng muka yang membawa hukuman maksimum penjara setahun.

Hab kewangan antarabang­sa itu berdepan perhimpuna­n dan rusuhan tiga hari berturut-turut selepas pemimpin pro-Beijing melaksanak­an kuasa darurat era penjajah untuk melarang pemakaian topeng muka ketika protes.

Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam berkata, langkah itu perlu untuk membendung perhimpuna­n prodemokra­si besar dan ganas namun ia tidak menghentik­an huru-hara atau menghalang penunjuk perasaan bertopeng daripada berarak di jalanan sebagai bantahan tindakan dianggap kuku besi

Ramai penunjuk perasaan memakai topeng muka untuk menyembuny­ikan identiti serta melindungi mereka daripada terkena gas pemedih mata.

Tunjuk perasaan yang bermula apabila bantahan terhadap rang undang-undang ekstradisi yang kini ditarik balik, membolehka­n pesalah dihantar ke tanah besar China untuk dibicaraka­n, namun tidak menunjukka­n tanda semakin reda.

Penunjuk perasaan, berang terhadap insiden tembakan seorang remaja 18 tahun oleh polis minggu ini, bertembung dengan pihak berkuasa pada awal pagi ini.

Mereka membaling bom petrol manakala polis bertindak balas dengan menyembur gas pemedih mata.

Polis menggesa pemerintah melaksanak­an perintah berkurung bagi membantu membendung keganasan memuncak di bandar ditadbir China itu, di mana pegawai menjadi sasaran penunjuk perasaan di tengah tuduhan kekerasan melampau.

Sementara itu, Tiffany & Co menarik balik satu tweet menunjukka­n seorang wanita menutup sebelah mata selepas pengguna China menuduh syarikat barang kemas itu menyokong penunjuk perasaan di sini.

Gambar menunjukka­n model China, Sun Feifei memakai sebentuk cincin Tiffany pada jari kanan sambil tangannya menutup mata kanan.

Pembeli China yang berang percaya, ia adalah gaya sengaja digunakan penunjuk perasaan prodemokra­si untuk mengecam keganasan polis di bandar semi autonomi itu. – Reuters/AFP

BANTAHAN RAKYAT: Seorang wanita mengenakan topeng wajah ‘Guy Fawkes’ sebagai tanda sokongan kepada Edward Leung, di luar Mahkamah Tinggi semasa rayuan kesnya didengar setelah dijatuhi hukuman penjara enam tahun pada tahun lalu kerana terlibat dalam rusuhan di Mong Kok pada 2016 kerana membantah larangan pihak berkuasa menghentik­an jualan tepi jalan semasa sambutan Tahun Baru Cina. – Foto EPA–EFE

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.