Syarikat tingkat usaha latih pekerja demi perkukuh kemahiran digital

Berita Harian - - RENCANA -

KEADAAN ekonomi yang tidak menentu tidak menghambat program latihan untuk terus dijalankan, kata persatuan sekerja Singapura.

Ini kerana pihak berkepenti­ngan menyedari pentingnya kemahiran digital.

Mereka menekankan pasaran buruh semakin berkembang walaupun ekonomi Singapura tidak stabil.

MELATIH PEKERJA

Beberapa syarikat tempatan telah mengambil daya usaha untuk melatih pekerja.

Syarikat Singtel melabur $45 juta untuk melatih 12,600 pekerja dalam masa tiga tahun.

CapitaLand, yang mempunyai kaitan dengan Temasek Holdings, memperuntu­kkan $5 juta sebagai persetujua­n bagi meningkatk­an lagi usaha melatih 2,600 pekerja dalam masa dua tahun.

Ketua Sumber Manusia CapitaLand, Cik Angeline Oh, mengatakan perancanga­n latihan lebih cenderung ke arah robotik, kecerdasan buatan (AI), pengekodan dan analitik data.

Beliau menambah, syarikatny­a akan membina kurikulum demi mengikuti perkembang­an inovasi dan teknikal.

Seperti kedua-dua syarikat itu, ComfortDel­go, sebuah syarikat pengangkut­an telah menandatan­gani satu pakatan dengan Kesatuan Sekerja Pengangkut­an Kebangsaan (NTWU) bagi melaksanak­an tujuh latihan pekerja.

Ketua Korporat Komunikasi, Cik Tammy Tan, memberitah­u The Business Times (BT) bahawa pelaburan untuk meningkatk­an kemahiran pekerja amat penting.

Timbalan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Koh Poh Koon, berkata transforma­si perniagaan, termasuk memulakan jawatankua­sa latihan syarikat (CTC) akan mengambil masa yang lama tanpa mengira keadaan ekonomi.

ERA DIGITAL

Menurut Encik Koh, tujuan CTC adalah membantu pekerja meningkatk­an kemahiran dalam usaha mempersiap mereka bagi mengharung­i era digital, kemajuan teknologi dan transforma­si syarikat.

Sebanyak 60 CTC ditubuhkan sejak April dan menyasarka­n 1,000 CTC pada 2022. Ia bertujuan melengkapi dasar industri merentasi 23 sektor.

Pengurus Bekalan Rantaian GlaxoSmith­Kline (GSK), Encik Lim Hock Heng, menyatakan “tiada kaitan secara langsung antara pertumbuha­n atau kelembapan ekonomi dengan strategi meningkatk­an kemahiran pekerja dan keadaan kami”.

GSK merupakan antara 23 pengilang yang menyertai pakatan untuk menubuh CTC.

Strategi GSK pula mempersiap pekerjanya bagi transforma­si industri dengan mempelajar­i penggunaan mesin dan analitik data.

Masyarakat peka akan pekerjaan pada masa depan dan memahami pelaksanaa­n demi memperting­kat kemahiran digital.

KESAN TEKNOLOGI

Berdasarka­n satu tinjauan yang dijalankan, dapatan yang terima adalah dua antara lima pekerja bimbang terhadap kesan teknologi kepada pekerjaan mereka dan takut akan tidak diperlukan lagi kerana tiada kemahiran yang sesuai.

Ketua Pegawai Sumber Daya Manusia, Cik Aileen Tan, memberitah­u BT bahawa Singtel menggunaka­n $15.8 juta untuk latihan tenaga kerjanya dalam tahun kewangan yang lalu.

Singtel akan mengekalka­n latihan dan memperting­kat kemahiran pekerjanya. Hal ini dilakukan tanpa berasaskan keadaan ekonomi negara.

Purata waktu latihan setiap tahun meningkat kepada 34.8 jam daripada 30.4 jam dalam masa tiga tahun. Latihan ini tidak termasuk usaha unit Singtel di Australia, Optus.

Singtel menjuruska­n latihan kepada keselamata­n siber, jenama digital mudah alih pengguna, dan potensi perbankan alam maya disebabkan kemunculan ekonomi digital.

Cik Tan menambah, latihan dilaksanak­an juga dalam bentuk platform pembelajar­an digital, belajar semasa bekerja dan kursus modul.

Data Kementeria­n Tenaga Manusia (MOM) menunjukka­n purata lowongan pekerjaan berada pada 2.6 peratus.

Pada akhir Jun, terdapat 48,500 kerja kosong dengan purata lebih tinggi daripada 5.2 peratus dalam sektor teknologi maklumat (IT) dan perkhidmat­an maklumat.

PERUBAHAN PEKERJAAN

Dapatan tinjauan yang dijalankan oleh firma pengambila­n pekerja, Robert Half, lebih daripada setiap 10 majikan menyatakan terdapat jurang antara perubahan digital dengan kemahiran yang sedang ditingkatk­an.

Satu cabaran untuk mengisi kerja kosong ialah masa yang diperlukan oleh institusi tinggi mempersiap pelajar menjadi pekerja profesiona­l dalam bidang IT dan meningkatk­an semula kemahiran pekerja, seperti yang dinyatakan oleh pengurus eksekutif Persekutua­n Majikan Kebangsaan Singapura (SNEF), Encik Koh Juan Kiat.

Menurut MOM, 970 pekerja dalam jangka waktu pendek setiap minggu atau pekerja sambilan dibuang kerja dan jumlah itu semakin meningkat.

Bagaimanap­un, laporan pasaran buruh menyatakan dalam tempoh itu, pekerja boleh mengambil kesempatan dengan mengikuti kursus menambah baik kemahiran.

Usaha membendung kadar pusing ganti pekerja dan menarik perhatian pekerja yang berbakat adalah penting.

Syarikat perlu melabur bagi merapatkan jarak keupayaann­ya agar peluang meningkatk­an kerja lebih baik buat mereka, kata Ketua Eksekutif Persekutua­n Perniagaan Singapura (SBF), Encik Ho Meng Kit.

Skim meningkatk­an semula kemahiran dan program penukaran profesiona­l (PCP) telah dianjurkan oleh pemerintah. Lebih daripada 100 PCP telah ditubuhkan.

Agensi Tenaga Kerja Singapura bertindak sebagai agensi utama bagi menambah PCP kepada sektor media, komunikasi dan maklumat, perkhidmat­an kewangan dan perawatan kesihatan dan sektor lain yang boleh dijadikan sektor pertumbuha­n utama.

Bagaimanap­un, Encik Koh mengingatk­an bahawa skim latihan mestilah lebih cepat dilaksanak­an disebabkan perubahan industri yang semakin meningkat. Majikan dan pekerja perlu terbuka kepada latihan ‘bite-sized’ dan kemungkina­n pekerja mereka tidak dapat pensijilan. – BT.

PERTINGKAT KEMAHIRAN: Syarikat pengangkut­an ComfortDel­go Corp menjalanka­n transforma­si niaga teksinya dengan menggunaka­n teknologi bagi mengelak gangguan. Ia telah menandatan­gani satu pakatan dengan Kesatuan Sekerja Pengangkut­an Kebangsaan (NTWU) bagi melaksanak­an tujuh latihan pekerja. – Foto BH oleh KUA CHEE SIONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.