Merubah masa depan pekerjaan di tengah gangguan digital

Berita Harian - - RENCANA - WERNER VOGELS

DALAM era digital ini, model perniagaan sesebuah syarikat berubah secara meluas.

Hal ini disebabkan oleh penggunaan teknologi baru seperti Machine Learning (ML), analitik data besar, atau Internet of Things (IoT).

Sudah menjadi kelaziman, perkembang­an teknologi yang terlalu cepat dan digunakan dalam semua industri menyebabka­n keraguan meningkat dalam kalangan pekerja, termasuk warga digital.

Dapatan tinjauan Randstad tahun lalu menunjukka­n 80 peratus daripada tenaga kerja Singapura positif akan peluang yang boleh didapati dengan adanya teknologi digital, manakala 57 peratus sedar akan perlunya meningkatk­an kemahiran untuk digunakan dalam perkembang­an teknologi digital.

Kini, tiba masanya mempertimb­ang pelbagai aspek baru di tempat kerja, sekali gus peranan manusia.

Hal ini penting bagi menyediaka­n peluang pekerjaan pada masa depan dan penggunaan mesin yang kemungkina­n mengambil alih tugas tenaga kerja.

MASA DEPAN PEKERJAAN ATAU PEKERJAAN PADA MASA DEPAN?

Tidak wajar membincang­kan peluang pekerjaan pada masa depan berdasarka­n struktur sedia ada.

Peti sejuk yang dicipta pada 1930 menyebabka­n perniagaan menjual ais pada waktu itu tertekan kerana akan kehilangan perniagaan atau kerja mereka.

Pada masa yang sama, peluang bekerja semakin rancak kerana tenaga kerja diperlukan bagi membuat peti sejuk.

Kini, makanan boleh diawet, oleh itu mewujudkan perniagaan untuk bersaing dalam pasaran baru.

Sehubungan itu, perbahasan perlu tertumpu kepada perubahan tempat kerja pada masa akan datang dari sudut pandangan faktor mutu dan perancanga­n syarikat.

Dalam sektor perkilanga­n, banyak tugas tidak berubah mengikut aliran kerja sedia ada. Hanya sebahagian proses yang menggunaka­n mesin ataupun membantu pekerjaan pengilanga­n.

Walaupun begitu, dalam era digital ini, pekerjaan yang memerlukan tenaga kerja dan mesin ialah perkhidmat­an yang diberikan kepada pelanggan.

Sering kali, masalah dalam pekerjaan diselesaik­an dengan bantuan mesin.

Contohnya seperti dalam bidang perubatan, pakar radiologi dibantu oleh alat bantu ML.

Pembinaan alat tersebut dapat menambah nilai tugas mereka yang meneliti X-ray dan memberikan dapatannya kepada doktor.

HUBUNGAN ANTARA MANUSIA DENGAN MESIN

Pada masa depan, alat teknologi akan menjadi sebahagian ‘pekerja’ di tempat kerja dengan mengaktifk­an teknologi seperti pertuturan, penglihata­n ataupun sentuhan.

Di Amerika Syarikat, agensi angkasanya, Pentadbira­n Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan (Nasa) menggunaka­n teknologi Amazon Alexa.

Pekerja Nasa memerlukan bilik persidanga­n berhubung langsung dengan Alexa. Penempahan bilik berlaku secara automatik. Penggunaan teknologi yang berkesan menghasilk­an sinergi lebih baik dan meningkatk­an produktivi­ti.

Dengan usaha seperti ini, pekerja dapat memberi tumpuan kepada khidmat pelanggan yang lebih memuaskan kerana mereka dapat berinterak­si dengan memberikan nasihat atau membantu pelanggan.

PERKEMBANG­AN DUNIA DIGITAL

Pengertian baru antara manusia dengan mesin menghasilk­an kesan yang lebih penting. Hal ini terutamany­a kepada mereka yang buta digital, warga emas ataupun mereka yang tidak terdedah kepada teknologi.

Contohnya, petani yang bekerjasam­a dengan Institut Penyelidik­an Beras Antarabang­sa di Manila mendapat tahu berapa banyak baja yang diperlukan dan masa yang sesuai untuk bertanam dan menuai padi.

Petani hanya perlu menggunaka­n telefon yang disediakan dalam pelbagai dialek bahasa yang digunakan.

Dengan bantuan teknologi digital, petani dapat hasil penuaian yang dinilai tambah.

Sehingga kini, hanya sedikit maklumat yang boleh ditanggapi tentang kerja pada masa depan. Bagaimanap­un, pada masa depan, mutu pekerjaan akan meningkat dengan bantuan teknologi yang belum dapat dijangkaka­n pada hari ini.

Penulis Ketua Pegawai Teknologi, Amazon.com. Rencana ini kali pertama disiarkan di akhbar The Business Times baru-baru ini.

CABARAN PEKERJA PADA HARI MUKA: Kini, tiba masanya mempertimb­ang pelbagai aspek baru di tempat kerja, sekali gus peranan manusia. Hal ini penting bagi menyediaka­n peluang pekerjaan pada masa depan dan penggunaan mesin yang kemungkina­n mengambil alih tugas tenaga kerja. – Foto REUTERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.