‘Joker’ kutip $323j dalam seminggu di sebalik kontrovers­i

Berita Harian - - GAYA HIDUP -

LONDON: Di sebalik kontrovers­i, filem Joker bagaimanap­un berjaya mencapai kutipan ‘pecah panggung’ dalam seminggu sejak mula ditayangka­n.

Filem terbitan Village Roadshow Pictures dan DC Films itu memecah kutipan jualan sepanjang bulan Oktober dengan kutipan AS$234 juta ($323 juta).

Filem arahan Todd Phillips itu sekali gus dengan mudah mengatasi jualan tiket filem Venom.

Dengan prestasi awal yang cukup memberangs­angkan, pengamat menjangkak­an Joker tidak akan mengalami masalah untuk mengutip lebih AS$1 bilion sepanjang tempoh tayangan.

Namun filem Joker mencetuska­n kontrovers­i pada minggu pembukaann­ya apabila beberapa peminat keluar dari panggung wayang selepas mendakwa filem itu terlalu mengganggu dan ‘mencetuska­n’ rasa kurang selesa.

Mail Online melaporkan, filem itu berjaya memecah rekod kutipan jualan tiket bulan ini, tetapi tidak semua orang seronok menonton filem yang menampilka­n Joaquin Phoenix yang membawakan watak sebagai Arthur Fleck itu.

Arthur seorang badut yang kemudianny­a berubah menjadi musuh kepada Batman.

“Saya baru sahaja keluar dari tayangan Joker. Sangat menakutkan untuk berada dalam panggung wayang dan menonton filem yang memaparkan keganasan bersenjata serta isu kesihatan mental,” kata seorang pengguna Twitter.

Namun sehingga kini pihak berkuasa masih belum menerima sebarang laporan berbentuk keganasan sewaktu tayangan filem berkenaan.

Di Huntington Beach, California, sebuah panggung wayang terpaksa membatalka­n dua sesi tayangan Joker Khamis lalu selepas menerima ancaman.

Sementara itu, di New York City, polis menerima laporan seorang penonton mencetuska­n ketakutan dengan meludah dan bertepuk tangan setiap kali watak Joker membunuh seseorang.

SEBUT sahaja namanya, ramai pasti sudah kenal. Sanisah Huri, seorang penyanyi dengan suara merdu, dirindui ramai peminatnya di Singapura dan Malaysia.

Walaupun sudah mencecah usia 67 tahun, beliau masih lagi kekal relevan dalam industri muzik Singapura, dengan peminat yang setia menunggu peluang untuk mendengarn­ya menyanyi lagi.

Beliau yang merupakan anak keempat dalam keluarga tujuh beradik masih lagi menerima permintaan untuk menyanyi di pelbagai acara.

“Minat saya dalam bidang nyanyian bermula sejak kecil lagi. Saya sering mendengar radio dan menonton filem, dan dari situlah minat dalam nyanyian mula berputik,” kata Sanisah.

Apabila ditanya tentang sokongan yang diberi anggota keluarga, beliau berkata:

“Mereka tidak menggalak atau menghalang. Pada mulanya, ahli keluarga saya tidak tahu yang saya boleh menyanyi dan berminat untuk menceburi bidang seni. Apabila mereka tahu minat saya, mereka memberi saya dorongan.’’

Sanisah yang baru sahaja kehilangan ibunya pada April tahun ini kini tinggal sendirian. Walaupun konsert sulungnya terpaksa ditunda pada April lalu, peminatnya terus-menerus memberikan­nya semangat dan amat memahami situasi itu.

Sanisah yang terkenal dengan lagu antaranya Semenjak Berjauhan dan Si Baju Hijau mengingati detik-detik manis beliau dengan peminat.

“Ia membuat saya sangat gembira dan terharu apabila saya tahu yang sehingga sekarang, masih lagi ada orang yang menghayati dan hargai nyanyian saya.

“Saya masih ingat lagi, baru-baru ini, apabila saya membuat persembaha­n di Joo Chiat, ada peminat yang memberi saya tudung dan bunga. Ada juga yang memberi cincin emas!” kata Sanisah.

Beliau bersyukur kerana masih lagi memiliki tempat di hati peminat.

Esok, 11 Oktober, Sanisah bakal menemui peminatnya dalam sesi ‘90 Minit Bersama...’ anjuran Berita Harian, Persatuan Karyawan Muzik Melayu Singapura (Perkamus) dan Wisma Geylang Serai.

“Saya tidak sabar berjumpa dengan peminat saya. Jika di atas pentas, jauh dari peminat... tetapi di sini, pasti saya lebih dekat dan dapat bermesra dengan peminat,’’ kata Sanisah, yang memang jelas tergambar keriangan pada wajahnya.

Bimbang lelaki itu mempunyai niat kurang baik, polis mengarahka­n dia keluar dari pawagam.

Bagaimanap­un, Phoenix dan pengarah Todd Phillips tampil mempertaha­nkan filem tersebut dengan pelakon berkenaan menyatakan beliau percaya penonton tahu membezakan antara perkara benar dan tidak benar.

Phillips baru-baru ini mendedahka­n beliau terkejut dengan kritikan diterima bagi filemnya kerana beliau mengambil langkah untuk menerapkan

Tiket: Tiket berharga $20 (tunai sahaja). Tarikh/Masa: 11 Oktober bermula 8 malam. Tiket akan dijual di pintu masuk Project Studio @WGS di tingkat 4, pada hari acara berlangsun­g.

implikasi tentang keganasan yang jarang ditemukan dalam filem kartun dan rancangan televisyen.

Joker mengisahka­n bagaimana seorang yang teruk dibuli berubah menjadi individu ganas dan mula meraih kemasyhura­n kerana kekejamann­ya itu.

Sebelum ini, media melaporkan polis di beberapa bandar di Amerika memperketa­t kawalan keselamata­n menjelang pembukaan Joker yang dikhuatiri mencetuska­n keganasan. – Agensi berita.

SUARA LEMAK MERDU: Sanisah Huri yang bakal membuat persembaha­n dan bertemu peminat dalam sesi ‘90 minit bersama .... ’ esok. – Foto ihsan SANISAH HURI

PECAH PANGGUNG: Walaupun kontrovers­i, penganalis­is menjangkak­an ‘Joker’ tidak akan ada masalah kutip lebih AS$1 bilion sepanjang tempoh tayangan. – Foto AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.