Awi terharu khidmat terapi muzik buat anak disleksia, autistik buahkan hasil

Berita Harian - - GAYA HIDUP -

HATI penyanyi dan penggubah lagu asal Singapura, Awi Rafael, tersentuh apabila melihat ibu bapa yang membesarka­n anak istimewa yang mengalami autisme dan disleksia menggagahi ujian mereka.

Bersandark­an kemahiran muzik dan pengetahua­n psikologi yang dimiliki, Awi, 33 tahun, terdorong bagi membuka sebuah akademi Newsantara yang menawarkan khidmat terapi muzik di bawah program Music Spectrum buat anak istimewa ini.

Daripada hanya sebilangan kecil anak-anak autisme dan disleksia yang menjalani terapi di pekarangan Kafe Bakerfella­s di Ara Damansara, beliau dan pasukannya kini mengendali­kan khidmat terapi muzik buat sekitar 45 pelajar istimewa.

Awi yang ditemui selepas rakaman rancangan kerjasama antara Mediacorp Suria dan Radio Television Brunei (RTB), Rapsodi, di Kampus Mediacorp, berkata:

“Inilah satu cara saya mendekati masyarakat yang memerlukan di samping menyumbang kepakaran saya demi memperkasa mereka dengan kemahiran yang membantu perkembang­an minda dan emosi mereka.

“Saya bersyukur kerana pasukan saya terdiri daripada anak muda milenial yang berkongsi misi serupa dalam menyuntik unsur positif dalam kehidupan orang lain khususnya anak-anak dengan keadaan autisme dan disleksia ini.

“Mereka mencari ruang berbakti. Kerja kemasyarak­atan kini sudah diperluas kepada bermacam-macam cabang. Apa yang saya bangunkan ini juga selari dengan naluri anakanak muda ini dengan keinginan mengkaji cara terkini membantu anak istimewa berseni.

“Terima kasih juga kepada pelakon Aiman Hakim Ridza yang membangun idea Kafe Bakerfella­s sebagai hab kreatif dengan penjanaan idea seni dan kemudahan seperti studio bagi perkongsia­n ilmu muzik. Kami giat bekerjasam­a dengan saya menyelia studio di situ.

“Aiman dan bapanya memang banyak memberi kata-kata galakan buat saya terus menyumbang kepakaran saya kepada anak-anak yang memerlukan ini.”

Menurut Awi, hatinya lebih terharu apabila melihat sesetengah pelajarnya itu sudah menampakka­n perkembang­an positif sejak mengikuti kelas pembelajar­an dalam tempoh sebulan.

“Setelah melalui empat sesi terapi, pelajar ini menampakka­n perubahan yang cukup menggalakk­an. Daripada payah bercakap, mereka sudah boleh menyebut dan mengenali huruf ABC.

“Saya lebih terkesan apabila ada ibu yang menangis di depan saya kerana tidak sangka anaknya boleh memberikan respons yang positif selepas menjalani terapi bersama kami.

“Program yang saya usahakan ini boleh saya sifatkan sebagai tanggungja­wab sosial korporat (CSR). Tidak mudah menguruska­n anak autisme dan disleksia. Apabila melihat mereka perlahan-lahan boleh melakukan apa yang anak normal buat, pastinya mereka juga terharu,” katanya lagi.

Usaha Awi bahkan meraih sokongan Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) yang menawarkan­nya peluang mengajar di sekolahsek­olah khas.

“Tak seperti lagu saya Manusia Sempurna, saya memang tentunya tidak sempurna.

“Namun, saya berusaha memberi keceriaan buat orang lain. Ia membuat saya bersyukur apabila anakanak ini seronok dengan apa yang disampaika­n.

“Perasaan tatkala mengetahui mereka sudah boleh bercakap dan mengenal huruf memang luar biasa. Alhamdulil­lah, nikmatnya lebih daripada perasaan memenangi pelbagai anugerah muzik. Walau tidak semudah mana, ilmu psikologi saya banyak membantu.

“Nak pikat hati mereka dan membuat mereka yakin dengan saya, saya akan menyanyi dan bermain dram di depan mereka,” katanya lagi.

Beliau yang juga memiliki ijazahpeng­urusan undang-undang menggunaka­n teknik lain seperti terapi aroma, terapi zikir dan cara pernafasan.

“Apabila terlibat dengan amanah sebegini dan mengisi masa lapang sebagai seorang yang masih bujang, saya sudah melupakan peristiwa tiada jodoh dengan bekas tunang saya, Nur Atikah Suhaime.

“Kita doa yang baik-baik. Tenang dan senang hati saya apabila segala usaha saya juga dapat dimanfaatk­an anak-anak istimewa ini,” ujarnya yang turut menjual aiskrim Spectrum bagi menyalur dana buat keluarga berpendapa­tan rendah. Sebanyak 20 peratus daripada jualan aiskrim tersebut disumbangk­an kepada dana itu.

BERSYUKUR LIHAT KEMAJUAN: Awi Rafael yang menawarkan khidmat terapi muzik buat anak-anak istimewa dengan disleksia dan autisme gembira dapat mengisi masanya apa lagi melihat pelajarnya itu mampu mengenal dan menyebut huruf setelah menjalani terapi. – Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.