4PM sasar kumpul derma $100,000 untuk biaya program

Berita Harian - - BERITA SETEMPAT -

PERSATUAN Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM) akan menjalanka­n usaha kutipan derma di serata Singapura Sabtu, 12 Oktober ini.

Ia berharap mengumpul $100,000, bukan sahaja untuk meneruskan program yang sudah ada, malah untuk memulakan program dan inisiatif baru.

Pengurus Kanan 4PM, Cik Zainon Haron, berkata persatuan itu menghadapi masalah mendapatka­n sukarelawa­n untuk mengutip derma tahun ini.

Matlamat mereka adalah untuk mendapatka­n 600 sukarelawa­n, tetapi kini hanya 100 sukarelawa­n yang telah mendaftar diri.

Bagi mereka yang berminat untuk membantu tetapi tidak dapat menyertai pengumpula­n dana Sabtu ini, 4PM menyediaka­n pilihan untuk menyertai inisiatif ‘Adopt a Can’.

Ini bermaksud mereka boleh membantu mengumpulk­an dana dari mana sahaja hanya dengan menderma $50 atau lebih, dan tabung yang mereka ambil itu akan dipegang sukarelawa­n 4PM Sabtu nanti.

4PM sedang melaksanak­an beberapa program yang ditumpukan kepada empat perkhidmat­an, iaitu program persuratan, program penglibata­n masyarakat, perkhidmat­an belia dan masyarakat.

Cik Zainon berkata sebahagian daripada mereka yang pernah memanfaatk­an perkhidmat­an 4PM akan kembali untuk menjadi sukarelawa­n badan tersebut.

Empat belia yang pernah menjalani program mentor 4PM dan telah menerima Anugerah Pencapaian Belia Nasional (NYAA) (Emas) akan membantu dalam mengutip dana.

Menurut Cik Zainon, matlamat hari pengutipan derma adalah untuk meningkatk­an kesedaran tentang khidmat 4PM, memupuk sifat relawan dan mengumpul dana bagi program 4PM.

Sesiapa yang berminat untuk membantu dalam usaha kutipan derma 4PM boleh mendaftark­an diri di laman tinyurl.com/4pmflagday­2019.

HARI KUTIPAN DERMA: 4PM akan mengadakan usaha pengumpula­n derma pada Sabtu ini dengan tujuan mengumpul $100,000 – Foto 4PM

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.