Harga COE lebih tinggi selepas pameran kereta

Berita Harian - - BERITA SETEMPAT -

PREMIUM sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) secara keseluruha­n lebih tinggi selepas proses tender semalam.

Menurut The Straits Times, antara sebab harga COE naik ialah minat pembeli meningkat selepas pameran kereta [email protected] yang baru berakhir.

Harga COE bagi kereta sehingga 1,600cc dan 130 kuasa kuda (bhp) kini $34,001, lebih tinggi berbanding $31,75 tiga minggu lalu.

Premium bagi kereta melebihi 1,600cc atau 130 bhp melonjak paling tinggi, dan meningkat daripada $37,000 kepada $41,361 – harga tertinggi dalam tempoh lima bulan.

Harga bagi COE kategori terbuka – yang boleh digunakan bagi sebarang kenderaan kecuali motosikal, tetapi digunakan kebanyakan­nya bagi kereta lebih besar – kini $41,001, berbanding $40,000 sebelum ini.

Harga COE bagi kenderaan komersial pula melonjak daripada $25,556 kepada $26,509.

Harga COE motosikal pula meningkat daripadA $3,601 kepada $3,800.

Sejumlah 35 syarikat menyertai pameran [email protected] dan mengisi 78 reruai pameran hujung minggu lalu.

Menurut anggaran awal, sekitar 100,000 pengunjung melawati pameran itu dan lebih 900 kereta baru dan terpakai bernilai $120 juta dijual.

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.