Yoshida: Singa harus berani, yakin atasi Arab Saudi

Skuad negara tewas dalam kesemua sembilan perlawanan dengan Arab Saudi sebelum ini; pertemuan hari ini berlangsun­g di Stadium King Abdullah

Berita Harian - - GAYA HIDUP SUKAN -

KEBERANIAN adalah dalam sukan.

Bagi bola sepak Singapura, ini bermakna bermain dengan jiwa seekor singa meskipun mereka harus mengatasi rintangan hebat malam ini dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia di padang lawan di Arab Saudi.

Pasukan negara tidak pernah mengalahka­n Arab Saudi dalam sembilan pertemuan sebelumnya dan telah kecundang di tangan pasukan Timur Tengah itu dalam lima perlawanan terakhir tanpa menjaringk­an sebarang gol.

Apabila kapten Hariss Harun dan pasukannya memasuki Stadium King Abdullah di Buraidah, mereka akan berdepan dengan pasukan di ranking ke-70 di dunia, iaitu 87 tempat atas pasukan negara.

Namun ini semua tidak mustahak, kata jurulatih pasukan bola sepak nasional Tatsuma Yoshida kepada The Straits Times.

“Apa yang harus kamu lakukan untuk mendapat keputusan yang baik? Kita tidak seharusnya merasa takut,” kata warga Jepun berusia 45 tahun itu.

“Arab Saudi tahu mereka harus menang perlawanan ini untuk kembali di landasan betul dalam melayakkan diri dan ia sememangny­a senang untuk hanya mempertaha­nkan benteng dalam perlawanan tapi ini bukan gaya permainan saya.

“Kami akan lakukan sebaik mungkin dan cuba menyerang benteng mereka. Kami tahu ia sesuatu yang sangat sukar tetapi kami mahu mencabar mereka dan juga untuk menang.”

Pasukan Singa telah mengambil pendekatan berani sejak Yoshida mengambil alih pada Mei tahun ini.

Mereka merupakan pasukan di ranking terbawah dalam Kumpulan D – ranking dunia ke-157 – namun kini menghuni puncak tangga kumpulan selepas dua perlawanan selepas keputusan seri 2-2 menentang pasukan ranking ke-137, Yaman, disusuli dengan kemenangan 2-1 ke atas pasukan ranking ke-101, Palestin, bulan lalu.

Mereka kemudian berjaya menyaingi pasukan ranking ke-98, Jordan, untuk mencatatka­n keputusan seri tanpa gol di Amman dan menghalang tuan rumah daripada mendaftark­an sebarang sepakan ‘on target’ Sabtu lalu.

Arab Saudi, yang telah melayakkan diri sebanyak lima kali di Piala Dunia, termasuk edisi tahun lalu di Russia, akan menjadi ujian paling sukar bagi anak buah Yoshida.

“Arab Saudi adalah salah sebuah pasukan paling kuat di Asia, mereka berada di tahap yang sama seperti Iran, Jepun, Korea Selatan, Korea Utara dan Qatar,” katanya.

“Ya, kita mempunyai beberapa keputusan baik...sebab pemain memahami dan mengikuti dengan baik strategi, taktik dan konsep dari segi macam mana kami mahu menyerang dan mempertaha­nkan benteng.

“Kadang kala kami bertuah tetapi ini penting dalam bola sepak. Pemain mahu menjadi pasukan baik dan menang. Mereka sekarang lebih baik daripada dahulu dari segi keyakinan.” segala-galanya

BERMAIN DENGAN JIWA SINGA: Yoshida menggesa anak didiknya untuk bersaing dengan keberanian apabila menentang Arab Saudi dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia di Stadium King Abdullah di Buraidah, malam ini. – Foto PERSEKUTUA­N BOLA SEPAK SINGAPURA

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.