Bintang Liverpool disambut meriah

Berita Harian - - GAYA HIDUP SUKAN -

SORAKAN dan nyanyian mengikut irama lagu ‘Sugar Sugar’ oleh kumpulan 60-an The Archies menyusul sebaik bintang Liverpool, Sadio Mane, tiba di Hotel Swissotel The Stamford, kelmarin.

Lagu tersebut, yang telah diubah liriknya dan digantikan dengan “Sadio, Oh Mane Mane!”, mengisi ruang lobi hotel itu bagi menyambut ketibaan pemain Senegal itu di Singapura buat julung kalinya.

Beberapa peminat telah beratur di hotel itu seawal 10 pagi bagi melihat pemain berusia 27 tahun itu, yang ke sini bersama pasukan negaranya.

Pasukan yang dikenali dengan gelaran Singa Teranga itu berada di Singapura sebagai sebahagian daripada pasukan yang akan bertanding menentang Brazil di Stadium Negara minggu ini.

Selain Senegal, Brazil, yang dibintangi pemain seperti Neymar, Roberto Firminho, Philippe Coutinho dan beberapa pemain terkemuka lain, juga akan beraksi menentang Nigeria Ahad ini.

Walaupun terkejut dengan sokongan yang diterimany­a itu, Mane masih sempat mengambil sedikit masa untuk mendekati peminat yang hadir dengan memberi tandantang­annya dan bergambar bersama mereka.

Berbanding dengan pasukan Brazil yang tiba di sini dalam kumpulan yang berbeza, skuad Senegal seramai 23 pemain bersama kakitangan pasukan itu mendarat di Lapangan Terbang Changi sekitar 3.22 petang selepas penerbanga­n 12 jam dari Paris, di mana mereka telah berkumpul.

Beraksi buat kali pertama di Singapura, Senegal berharap negara ini dapat mengubah nasib mereka selepas mengalami nasib buruk sejak beberapa kejohanan utama yang lalu.

Ketika Piala Dunia tahun lalu, mereka menduduki tangga ketiga Kumpulan H, namun mengongsi mata, gol yang dijaringka­n mereka dan gol pasukan lawan terhadap mereka, bersama Jepun.

Dengan kedua-dua pasukan terikat di belakang Colombia, pasukan dari Afrika itu menjadi pasukan pertama dalam sejarah Piala Dunia untuk disingkirk­an berdasarka­n rekod ‘bermain dengan adil’.

Rekod bersih Jepun berbanding Senegal – menerusi bilangan kad kuning paling sedikit diperoleh sepanjang kempen pusingan awal – membolehka­n pasukan dari Asia itu melangkah ke pusingan kalah mati.

Sewaktu Piala Negara-Negara Afrika pula, skuad kendalian Aliou Cisse berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir namun mereka ditewaskan oleh Algeria dengan keputusan 1-0.

Perlawanan antara Brazil dengan Senegal akan berlangsun­g di Stadium Negara, 8 malam ini.

Ahad ini pula, Brazil bertemu Nigeria.

Tiket-tiket berharga antara $29 hingga $299 bagi satu perlawanan atau $49 hingga $499 bagi kededua perlawanan boleh didapatkan di www.sportshubt­ix.sg, di box office Stadium Tertutup Singapura, di semua cawangan SingPost , box office di The Star Performing Arts Centre dan meja khidmat pelanggan di Scotts Square. Tiket juga boleh didapatkan menerusia talian 3158-7888. – Jurulatih pasukan bola sepak nasional, Tatsuma Yoshida (gambar kiri)

SAMBUTAN MERIAH: Para peminat Liverpool yang telah berkumpul di hotel Swissotel The Stamford kelmarin memberikan sorakan yang gemuruh sejurus Sadio Mane (kiri) tiba di hotel itu. – Foto BH oleh DESMOND FOO

– Foto BH oleh LIM YAOHUI

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.