Hampir muflis pertahanka­n niaga

Berita Harian - - GAYA HIDUP SUKAN -

JERIH payah yang dilalui pemilik kedai kopi Saffrons Cik Kader Beevi Mohd Ayoob dalam membina perniagaan­nya memang tidak ramai yang tahu.

Namun, kepayahan itu juga yang membentukn­ya untuk menjadi seorang peniaga yang cekal dan tidak berputus asa.

Dalam episod #NoTapis kali ini, Cik Beevi berkongsi bagaimana beliau hampir ‘muflis’ mempertaha­nkan perniagaan kedai kopinya yang terletak di Tampines itu, semasa wabak Sars berleluasa pada 2003.

Disebabkan wabak tersebut, perniagaan­nya “tidak bergerak” pada masa itu, dan akibatnya hutang semakin bertimbun.

Untuk itu, antara yang terpaksa beliau lakukan adalah untuk menjual flat lima biliknya untuk membayar hutang sekeliling pinggang.

Dengarkan perkongsia­n Cik Beevi dalam episod podcast Berita Harian #NoTapis di Spotify.

DAGING ‘buatan’ yang dihasilkan daripada tanaman mungkin masih ganjil dan mengundang gambaran makanan menyerupai gumpalan tepung.

Namun, daging yang dihasilkan di makmal ini kian ditawarkan di restoran makanan Barat setempat – satu trend yang dijangka terus meningkat, dengan sifat daging sedemikian yang kian mirip tekstur dan rasa daging sebenar.

Antara syarikat pemula yang menyertai pasaran berkembang ini ialah Impossible Foods, yang antara pelabur utamanya ialah Temasek Holdings – syarikat pelaburan milik pemerintah.

Menurut syarikat itu, daging yang dihasilkan­nya tidak mengandung­i gluten, hormon haiwan atau antibiotik. Ia juga diiktiraf halal.

Justeru, daging yang dihasilkan di makmal ini juga dikenali sebagai produk protein gantian.

Awal tahun ini, berbekal sedulang burger yang dibuat menggunaka­n daging buatan ini, Berita Harian ‘turun padang’ ke Kampung Glam untuk memberi peluang kepada pihak awam untuk mencuba daging ini sendiri.

Reaksi individu yang berpeluang mencuba daging sumber baru ini pelbagai dan ada yang lucu. Apa kata mereka?

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.