Berita Harian : 2019-10-10

BERITA : 4 : 3

BERITA

Berita Harian | Khamis, 10 Oktober 2019 3 Berita PUTRAJAYA: Malaysia hanya akan memulakan penguatkua­saan skim Permit Masuk Kenderaan (VEP) paling awal pada tahun depan, umum Menteri Pengangkut­an, Encik Anthony Loke, semalam. “Kami telah menangguhk­an penguatkua­saan VEP kerana terdapat beberapa isu mengenai pemasangan RFID di vendor. “Sistem itu sendiri tidak dapat menampung bilangan kereta dan kenderaan yang sepatutnya memasang RFID,” katanya di satu sidang akhbar, merujuk kepada tag pengenalan frekuensi radio (RFID) yang diperlukan bagi VEP. “Kami sedang membuat persiapan terakhir bagi satu mekanisme baru untuk memudahkan semua kenderaan memasang RFID. Kami akan mengumumka­nnya nanti,” katanya. “Bagi pelaksanaa­n... ia bukan tahun ini. Penguatkua­saan akan bermula mungkin tahun depan. “Kami akan memberi masa yang mencukupi untuk semua orang bersiap sedia,” katanya menurut laporan The Straits Times. Apabila dikuatkuas­akan, kereta asing tanpa VEP masih dibenarkan memasuki Malaysia tetapi akan didenda apabila keluar dari negara itu. VEP kali pertama dijangka dilaksanak­an di pusat pemeriksaa­n Johor Bahru sebelum dilanjutka­n ke Tuas, kata Encik Loke. “Kami bersikap adil kepada semua pemilik kenderaan Singapura,” katanya, sambil menambah bahawa masa yang mencukupi akan diberi sebelum penguatkua­saan bermula. Malaysia menghentik­an penguatkua­saan VEP minggu lalu disebabkan isu teknikal. Ini berikutan pengumuman pada 23 September lalu bahawa ia terpaksa menangguhk­an skim tersebut semasa operasi trafik waktu sibuk disebabkan kesukaran mendapatka­n janji temu bagi pemasangan tag RFID. Kementeria­n itu sebelum ini menggesa semua pemilik kenderaan asing agar mendaftar kenderaan mereka dalam talian untuk mendapatka­n tag RFID. Apabila didaftarka­n, pemilik kemudian akan menerima e-mel untuk menjadualk­an janji temu bagi pemasangan tag tersebut. Pemilik dikehendak­i membawa kenderaan mereka dan dokumen seperti surat pengesahan VEP; surat janji temu tag VEP-RFID; salinan fotokopi pasport; salinan nota perlindung­an insurans terkini; dan dokumen pendaftara­n kenderaan yang dikeluarka­n pihak Penguasa Pengangkut­an Darat (LTA). Malaysia sebelum ini mengumumka­n bahawa ia akan membuka satu pusat pemasangan RFID tambahan di Kompleks Sultan Abu Bakar, selain empat pusat di Johor Bahru iaitu di perhentian Gelang Patah arah ke selatan; Tempat Letak Kereta Terbuka Plaza Angsana; perhentian Pandan; dan Plaza Tol Lima Kedai. VEP, yang boleh diperbahar­ui setiap lima tahun, kali pertama diumumkan pada 2017. Skim itu bertujuan menentukan bilangan kenderaan asing yang memasuki Malaysia, dan juga untuk mengelak kecurian kereta dan menghalang sindiket pengklonan kereta. April lalu, kerajaan Malaysia mengumumka­n ia akan menguatkua­sakan pendaftara­n mandatori bagi kenderaan asing yang masuk dari Singapura mulai 1 Oktober.

© PressReader. All rights reserved.