S’pura di tangga kelima negara paling innovatif

Berita Harian - - BERITA -

SINGAPURA menjadi negara kelima paling inovatif di kalangan 126 negara, selepas naik dua anak tangga dalam Indeks Inovasi Global (GII) 2018, menurut kenyataan Pejabat Hak Milik Intelektual Singapura (Ipos) semalam.

Ini bermakna negara ini setara dengan gergasi inovasi Eropah seperti Switzerland, Netherlands, Sweden serta United Kingdom.

Kenyataan itu berkata Singapura juga mengekalkan kedudukannya sebagai negara paling inovatif di Asia.

Laporan tahunan GII, diterbitkan bersama Universiti Cornell, INSEAD dan Pertubuhan Harta Intelektual Sedunia, membandingkan prestasi dan keupayaan inovasi ekonomi global.

Prestasi kukuh Singapura dalam indeks inovasi global disebabkan oleh petunjuk penghasilan seperti kadar pertumbuhan kesetaraan kuasa membeli dan eksport khidmat infokom dan teknologi (ICT).

Menurut kenyataan itu, laporan GII turut menarik perhatian tentang kelakonan Singapura berkaitan IP lebih pulih, seperti resit IP dan paten berdasarkan asal.

Jelas IPOS, bagi menyokong ICT yang dikenal pasti sebagai antara sektor pertumbuhan Singapura, IPOS telah perkenalkan inisiatif Laluan Cepat Fintech bagi membantu inovator membawa inovasi dalam teknologi kewangan ke pasaran dengan lebih cepat.

Ini dilakukan dengan memendekkan proses geran paten daripada dua tahun kepada enam bulan.

Bagi membantu lebih banyak perniagaan, IP ValueLab (IPVL) anak syarikat penglibatan perusahaan akan terus menyokong mereka membina keupayaan pengurusan IP.

Sejauh ini, IPVL telah menawarkan bantuan strategi dan audit kepada lebih 60 syarikat sejak pelan induk Hab IP dipertingkatkan pada tahun lalu.

Encik Daren Tang, Ketua Eksekutif IPOS berkata:

“Inovasi semakin menjadi kuasa yang memacu ekonomi kita dan global.

“Laporan penyenaraian GII 2018 ini menyokong usaha Singapura memajukan agensi inovasi dan IPnya.

“Di senaraikan di tempat kelima dalam satu kajian yang berwibawa akan mendorong perniagaan dan usahawan kita untuk terus menggunakan inovasi dan memanfaatkan aset yang ada untuk berkembang dari Singapura ke pasaran luar.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.